HIPNOTERAPI SATU PENGAMATAN ; PENGALAMAN DI CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY

...penulisan artikel di Bernama.com..
Artikel saya ini mengupas berkaitan Hipnoterapi Merawat Fear Of Flying.
Dan, artikel ini telah berada di laman web
www.markpowleet.co.uk (International Blogger)

Bismillahirrahmannirrahim

Segala puji bagi Allah Tuhan Pentadbir Sekalian Alam. Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w selaku rasul utusan terakhir buat umat manusia. Saya memohon kepada Allah s.w.t agar penulisan ringkas ini membawa manfaat kepada anda dan juga terhindar daripada dorongan hawa nafsu bagi menegakkan apa yang bakal saya sampaikan ini. Mohon keampunan dari Allah s.w.t

Suatu ketika dahulu, ayah saya pernah mengalami depresi yang sangat teruk. Malah, beliau didiagnos oleh doktor psikitris sebagai menghidap skizofernia. Saya selaku anak sulongnya "tiada ilmu" untuk membantu beliau. Saya menelefon ustaz saya untuk mendapatkan rawatan secara 'quranic healing'. Ustaz saya mengatakan bahawa yang hanya boleh merawat ayah saya adalah warisnya (iaitu saya).

Saat itu, saya tiada ilmu ruqyah. Ustaz Haji Hanafiah Abd Razak (guru saya dalam ilmu falak) memberikan kepada saya 5 surah yang perlu diamali dan dibaca untuk membantu ke arah kesembuhan diri ayah saya.

Puas saya membaca. Malah, reaksinya luar biasa. Kerana 'mindanya yang lost' mudah dimasuki oleh 'makhluk lain'. Puas berubat secara ruqyah hingga ke Darul Syifa' Bangi. Tiada tanda untuk sembuh. Kali ke-3 beliau masuk ke wad psikitris dengan di bawa oleh kereta polis. Kedaan beliau sangat agresif. Di ruqyah tidak jalan kerana ianya ditahap sangat membahayakan diri dan orang sekeliling.

Sebelum dimasukkan ke wad psikitris, saya telah membawa ayah bertemu dengan guru saya, Dr Fadzil Mohd Salleh untuk sesi perawatan hipnoterapi. Walaupun berlangsung selama 2 jam, sekurang-kurangnya saya tahu apa yang sedang dialami oleh dirui ayah saat ketika itu. Sangat kesian melihat dirinya yang berada di dalam kecelaruan mental.

Saat beliau masuk ke wad psikitris kali ke-3, saya banyak kali mengunjungi beliau. Dan, seronok berkomunikasi dengan seorang psikitris muda (tak silap saya namanya Dr Adib). Saya pernah memberitahu beliau bahawa sekiranya pihak hospital boleh menyediakan seorang pakar runding (Cognitive Behavior Therapist) untuk membantu pemulihan ayah saya, saya sanggup membayarnya.

Beliau mengatakan pada saya bahawa di tempat ini, tiada pakar runding CBT boleh disediakan untuk membantu proses pemulihan ayah saya. Dan...secara tiba-tiba terpacul dari mulut beliau untuk saya mempelajari ilmu NLP dan Hipnoterapi. Berdasarkan sedikit ilmu NLP dan Hipnoterapi yang pernah beliau pelajari, beliau mencadangkan kepada saya agar mempelajari ilmu NLP dan Hipnoterapi secara ilmiah. Beliau mengatakan pada saya bahawa kedua-dua ilmu ini dengan izin allah s.w.t dapat membantu ke arah proses pemulihan mental dan emosi pesakit seperti ayah saya.

Saya mula mencari ilmu ini. Dan, ianya dimulai dengan Kursus NLP anjuran Bahagian Kaunseling & Psikologi UPM. Ketika itu saya berkhidmat di bawah Jabatan Pembangunan Mahasiswa sebuah kolej  universiti. Saya sangat memerlukan ilmu ini kerana berdepan dengan situasi pelajar yang 'mood mereka' sering berubah-ubah. Guru NLP saya yang pertama adalah YM Dr Raja Kamariah Raja Mohd Khalid. Tak silap saya saat itu beliau adalah pegawai psikologi di Putrajaya. Dua hari Kursus NLP (keluar duit sendiri tu), menjadikan saya boleh mengamali ilmu ini di dalam setting pekerjaan saya. Diri ini merasakan tidak cukup sekadar 2 hari. Dalam masa yang sama saya menguruskan ayah yang berada di wad psikitris. 

Keinginan mendalami ilmu NLP diteruskan sehingga membawa saya bertemu Guru NLP Malaysia (Hj Md Taib Mad). Beliau merupakan pakar dalam bidang NLP. Memasuki kelas beliau dengan berbekalkan RM 4,800 (duit sendiri, bukan duit organisasi) membuatkan saya nekad untuk terus membantu ramai orang diluar sana khususnya 'bab kesihatan emosi'. Sepanjang kursus persijilan NLP, dan pengamatan saya terhadap ilmu yang disampaikan oleh beliau...tiada unsur-unsur yang membawa kepada percanggahan aqidah dan syariah. Ianya lebih bersifat 'ilmu alat' atau bahasa mudahnya 'ilmu psikologigunaan'. Saya mengatakan seperti ini bukan taksub terhadap beliau. Saya melihatnya dari aspek fakta ilmu dan pengetahuan yang ada pada diri seorang guru.

Kerana itu, apabila saya 'memulakan bicara dengan ayah saya di wad psikitris' saat beliau menghidap skizofernia...dengan mudah beliau boleh dipujuk untuk keluar daripada wad dan meneruskan kehidupan beliau. Alhamdulillah, saat ini beliau sudah mampu dan boleh membawa diri kembali sihat. Sekurang-kurangnya penyakit darah tinggi, kencing manis, dan jantung tiada pada diri ayah saya. Ubat Olanzapine tetap diambil oleh beliau dengan dos yang kecil. Ikut apa yang doktor cakap. 

Kecenderungan saya kepada 'kaedah-kaedah terapi NLP' untuk membantu orang yang datang bertemu saya dilanjutkan lagi dengan mempelajari ilmu Hipnoterapi. "Ilmu yang sangat digeruni oleh orang yang memiliki persepsi gerun". Takut di pukau katanya. Sepanjang pengamatan saya berguru dengan Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, pakar bidang klinikal hipnoterapi...saya mendapati bahawa hipnoterapi terhindar daripada amalan mistik. Ianya dapat dibuktikan dengan pengamatan saya sejak 2010 hingga kini apabila melakukan 'mental treatment' ke atas klien saya yang menghidap stres yang teruk, anxiety dan depresi. 

Tetamu Khas Bagi Malaysia Hari Ini (MHI)
mengupas tajuk "Alternatif Selain Marah"

Sekiranya ada klien saya yang bertanya apakah 'perawatan hipnoterapi' yang saya jalankan ke atas diri klien sama sepertimana di Youtube atau kursus-kursus hipnosis ? Jawapan saya adalah sangat jauh dan tidak serupa. Saya tidak mengamali apa yang anda tengok di youtube mahupun kursus-kursus pendek hipnosis. Saya tidak membaringkan orang dan memijaknya atau berada di atas badan subjek. Yang dipelajari adalah bagaimana membuat 'terapi' kepada klien yang menghadapi isu kesakitan emosi dan mental. Kesemua terapi ini mempunyai S.O.Pnya tersendiri. Jam pembelajaran kami dari International Association Of Counselors & Therapist (IACT-USA) adalah sekitar 90 jam +100 jam sesi klinikal bersama klien.

Secara tuntasnya, hipnosis itu adalah 'tenang'. Tenang yang bagaimana? Tenang yang mengosongkan minda ke? Pengamalan hipnoterapi di Che Qiim Training & Consultancy tidak menggunakan kalimah 'mengosongkan minda'. Yang CQTC gunakan adalah 'kalimah berikan fokus kepada diri anda agar anda menjadi semakin tenang'. Apabila minda anda semakin tenang, mudah untuk anda membantu diri dengan izin Allah s.w.t untuk melerai kekusutan mental dan emosi anda. 

Yang menjadi persoalan kepada umum berkaitan hipnosis, hipnoterapi adalah "ilmu ini datangnya dari dewa-dewa dari India dan sudah wujud sejak zaman Mesir kuno lagi". Maka, apabila anda melihat dan terfokus kepada arah ini, persepsi anda akan mengatakan bahawa ilmu hipnosis, hipnoterapi tidak boleh dipelajari dan digunakan dalam pelbagai bidang.  Sekiranya terapi hipnosis tidak boleh digunakan, bagaimana pula 'terapi hipnosis' boleh berada di dalam poster PAIN MANAGEMENT yang ada terpapar di Klinik Kesihatan Kerajaan (Saya pernah membaca poster ini di klinik kesihatan Alor Gajah Melaka saat membawa ayah saya 'check up'). Dan,  BAGAIMANA PULA TEAM ORTOPEDIK PUSAT PERUBATAN MALAYA (PPUM) yang TELAH  BERJAYA DI ATAS PENCAPAIAN KEJAYAAN PROSEDUR PEMBEDAHAN HIPNOSIS (TANPA ANESTETIK / BIUS).

SEKUMPULAN PAKAR BERJAYA LAKUKAN
 PEMBEDAHAN TANPA GUNA BIUS


Berdasarkan pengamatan saya dan pengalaman merawat kesakitan emosi dan mental warga Malaysia, klien berhak untuk menolak untuk menjalani terapi hipnosis. Kerana sifat sebagai seorang klien adalah mempunyai pilihan sama ada untuk memilih di terapi menggunakan hipnosis atau sebaliknya. Kerana itu klien yang bakal datang bertemu Che Qiim untuk mendapatkan khidmat klinikal hipnoterapi perlu terlebih dahulu:-

(1) Melakukan solat sunat hajat. Mohon kepada Allah s.w.t agar kehadiran dirinya mendapat manfaat dan diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t

(2) Solut Sunat Taubat. Mohon kepada Allah s.w.t agar Allah ampunkan dosa-dosa diri klien dan berjanji tidak lagi mengulangi dosa-dosa silam. 

(3) Barulah datang bertemu untuk sesi perundingan kesihatan mental & emosi. (Yang bahagian ini banyak kerja akan dilakukan oleh Che Qiim. Selalunya klien akan menjalani forensik permasalahannya..barulah menjalani proses perawatan).

KEBERHASILANNYA BAGAIMANA ?  SEKIRANYA ALLAH IZINKAN dan JUGA KERJASAMA dari PIHAK KLIEN. ADA yang SEMBUH dan ADA yang TETAP KEKAL BEGITU. 

...KETIKA DIBEDAH...

Berdasarkan kepada PENGAMATAN selaku seorang perunding kesihatan mental forensik yang menjalankan kerja-kerja klinikal terapi berasaskan NLP dan Hipnoterapi, adalah dinyatakan bahawa:-

(1) Seorang pengamal hipnosis, hipnoterapis adalah tertakluk kepada etika sebagai pengamal yang berdaftar di bawah Persatuan Pengamal Hipnoterapi Malaysia (AHPM). Badan ini diiktiraf di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (Perubatan Alternatif & Komplementari).  Terdapat 100 pengamal hipnoterapi yang berdaftar dengan AHPM.  https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/03/213840/ini-bukan-sihir 

(2) Seorag pengamal hipnosis, hipnoterapis bertauliah perlu meletakkan panduan agama Islam (sekiranya hipnoterapis seorang muslim) terlebih dahulu sebelum melakukan hipnoterapi kepada klien. Batas syarak perlu menjadi pegangan utama apabila mengendalikan klien. 

(3) Seorang pengamal hipnosis, hipnoterapis perlu mengutamakan 5 PRINSIP PENJAGAAN DALAM ISLAM iaitu PEMELIHARAAN AGAMA, PEMELIHARAAN JIWA, PEMELIHARAAN AQAL, PEMELIHARAAN KETURUNAN dan PEMELIHARAAN HARTA.

(4) Seorang pengamal hipnosis, hipnoterapis perlu memilih kaedah yang tepat untuk digunakan ke atas klien agar terhindar daripada penyelewengan aqidah dan maksud perawatan yang terbaik sampai kepada diri klien.

(5) Seorang pengamal hipnosis, hipnoterapis perlu menyediakan diri dengan kefahaman ilmu agama Islam yang kukuh agar dirinya mudah membawa ilmu yang dipelajari. Ilmu yang dipelajari oleh dirinya adalah sebagai 'TOOLS' sahaja kerana yang menyembuhkan segala kesakitan diri manusia adalah Allah s.w.t

(6) Seorang pengamal hipnosis, hipnoterapi yang mahu mengajar ilmu hipnosis, hipnoterapi perlu merujuk kepada panduan utama iaitu al-Quran dan Hadis agar penyampaian ilmunya mempunyai landasan yang kukuh bukan berdasarkan kepada hawa nafsu.

(7) Seorang pengamal hipnosis, hipnoterapis yang mahu membangunkan modul latihan berasaskan ilmu NLP, Hipnosis perlu menyediakan diri dengan tatacara pembinaan modul latihan berasaskan 'patuh syariah' bukannya 'malaysian compliance'. Ini bagi memastikan setiap isi kandungan modul latihan terhindar daripada unsur-unsur menyalahi aqidah dan syariah. (Alhamdulillah, Che Qiim Training & Consultancy sudah anjurkan kelas pembangunan modul latihan / kursus secara patuh syariah pada tahun 2019). Alhamdulillah, semua modul yang dibawa 'clear' dari unsur-unsur yang menyalahi aqidah dan syarak.)

(8) Seorang pengamal hipnosis, hipnoterapis yang baik dan memberikan contoh yang baik kepada klien perlulah memelihara adab dirinya dengan Allah, Manusia dan Alam Sekitar. Hubungan baik dengan Allah sangat diperlukan bagi memudahcara setiap langkah diri ketika menjalankan sesi terapi berasaskan hipnosis.

(9) Seorang pengamal hipnosis, hipnoterapis perlu menghindarkan diri daripada melakukan 'street @ stage hypnosis' kepada khalayak umum. Pelbagai salah tanggap akan berlaku pada masyarakat umum sehingga mereka mengamali ketakutan untuk mempelajari ilmu ini.

Pengamatan di atas adalah berdasarkan kepada sedikit ilmu dan pengamatan yang Allah berikan kepada saya sejak menjalankan sesi klinikal terapi kesejahteraan mental dan emosi terhadap klien saya.  Segala teknik terapi yang disediakan oleh klien telah ditapis sehabisnya malah telah dengan cermat diberikan kepada klien dengan sifat berhati-hati.

Apa pun, sekiranya anda belajar menjadi seorang doktor dan anda telah mendapat ilmu kedoktoran tersebut...Anda gunakan ke arah kebaikan bagi membantu meningkat kesejahteraan diri pesakit anda, maka ilmu kedoktoran anda memberikan manfaat pada pesakit anda. Malah, anda beroleh pahala kerana memudahkan urusan diri pesakit anda. Apabila anda menggunakan ilmu kedoktoran anda untuk membuat diri pesakit anda lebih buruk, maka natijahnya menjadi buruk dan ilmu kedoktoran anda ketika itu adalah bersifat sia-sia dan tidak memberi manfaat. 

INGATLAH, BAHAWA SETIAP AMALAN YANG KITA LAKUKAN IANYA BERMULA DARI NIAT. NIAT SAYA BELAJAR ILMU NLP & HIPNOTERAPI termasuk FORENSIK PSIKOLOGI adalah BAGI MEMBANTU MENAMBAN NILAI DIRI ORANG disamping membina kerjaya masa depan dalam bidang kesihatan mental dan emosi. Wallahu'alam.


Mufakkir 'illahi...

(MOHD MUSTAQIIM B. ASMUJI. a.k.a CHE QIIM)
Merupakan seorang Mental Health Forensic.
Certified Psychology Forensic, BHHS
International NLP Trainer, NFNLP-USA
International Hypnotherapy, IACT-USA
Kepakaran khusus beliau adalah di dalam pengurusan 
depresi dan anxiety. Berlatarbelakangkan Pengajian Islam (Bahasa Arab)
dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) membolehkan
beliau memahami, mendalami dan mengamali bidang keilmuan lain seperti NLP, Hipnoterapi,
Bahasa dan Kelakuan Manusia, Kesihatan Mental Forensik dan Forensik Psikologi.
Beliau juga merupakan mantan penulis jemputan bagi Majalah Solusi di bawah 
ruangan Ta'akul. Penulis tamu di laman web iLUVislam.com dan penulis artikel
bagi isu MH 370, portal Bernama.com. Sumbangan beliau kepada masyarakat adalah 
menjadi pembentang kertas kerja di dalam Seminar Kesihatan Awam 2018 di bawah tajuk
"Aplikasi NLP Untuk Kesihatan Ahli Komuniti" dan pembentang kertas kerja 'Hipnoterapi Merawat Kemarahan" di Seminar Kaunseling Peringkat Kebangsaan 2015. Pengasaskan kepada 'sekolah ahli terapis kesihatan mental profesional' yang berpengkalan di Gombak. Tugas akhir beliau adalah sebagai Ketua Unit Latihan & Penyelidikan Muallaf, PERKIM Kebangsaan dan membuat penyelidikan terhadap pendidikan anak-anak Muslim komuniti Roghiya di Ampang hingga tertubuhkan Pusat Pendidikan Muhajirin Muslim Malaysia. Pusat pendidikan ini diletakkan dan dipantau di bawah Unit Pelarian PERKIM Kebangsaan. Buku sulong terbitan beliau adalah "MENJADI BOMOH (TERAPIS) EMOSI" dan " KUNCI PENYEMBUHAN JIWA ; SEPUTAR PENGALAMAN KLIEN YANG MENGHIDAP SKIZOFERNIA). Beliau juga merupakan alumni REHAB HATI QURANIC HEALING. Untuk jemputan seminar, kursus sila hubungi beliau melalui talian 019-204 4036


Comments

Popular posts from this blog

AKHIRI TRAUMA ANDA DENGAN CTC