"CHE QIIM, SAYA SUDAH BUNTU !"
"Saya sudah buntu. Saya tak tahu samada saya bermasalah atau siapa bermasalah.
Saya sudah berhentikan kerja. Lebih 20 syarikat saya bekerja. Kerja sekejap dan
tiba-tiba berhenti. Saya rasa sudah tidak bersemangat.
Apa yang perlu saya buat Che Qiim ?".
Ujar seorang klien dalam telefon tempoh hari.
FORENSIK EMOSI telah dilalui oleh diri beliau. Seorang yang berlatar belakang profesional. Bertubuh tinggi. Dan, ciri tubuhnya melambangkan beliau adalah seorang ahli sukan ketika berada di alam persekolahan satu ketika dahulu. Pemikiran dan perasaan beliau berserabut. Beliau sudah tidak nampak lagi segala kekuatan diri yang Allah s.w.t berikan pada diri beliau.
"Sekarang ni, awak sudah melalui FORENSIK EMOSI tempoh hari. Sudah dibekalkan dengan ilmu pengurusan emosi dan kesihatan mental. Dan, diri awak masih lagi merasa seperti sebelumnya. Awak sudah ikhtiar apa yang perlu awak lakukan untuk 'pemulihan emosi' awak. Sekiranya masih lagi berada di tahap lama ini mungkin ada sesuatu yang menghijab diri awak. Buatlah solat hajat khusus untuk allah berikan petunjuk apakah yang menghijab diri awak sampai masih berada di emosi lama." Begitulah komunikasi saya pada beliau melalui talian telefon.
Apabila mengamati butir ayat yang beliau tuturkan, beliau menghadapi isu IDENTITI DIRI. Beliau telah KEHILANGAN IDENTITI DIRI. Kebiasaannya klien seperti ini menghadapi kesukaran dalam meniti kehidupannya saat waktu kecil. Dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang susah. Mereka menjalani kehidupan dengan keperitan hidup. Motivasi dalaman dirinya apabila ingin capai sesuatu kejayaan adalah dengan cara 'mengelak daripada kesusahan / kegagalan'. Apabila telah mencapai tahap kejayaan tersebut, diri dalamannya masih lagi tidak merasa puas.
Individu seperti ini akan mencari KSEMPURNAAN untuk MELENGKAPKAN KEHIDUPANNYA yang satu ketika dahulu 'lompong'. Apabila menjalani perkahwinan, individu seperti ini akan mencari peluang untuk menyempurnakan kehidupan diri dan ahli keluarga dengan pelbagai cara. Ada kala cara yang digunakan oleh dirinya 'memakan kembali diri'. Melihat pada watak diri klien ini, beliau menghadapi kesukaran untuk berinteraksi dengan pasangan. Dalam erti kata mudah adalah 'susah nak fahamkan pada pasangan situasi dalaman diri yang dihadapi oleh dirinya'. Beliau banyak memendam rasa.
Teringat kata-kata Jack Ma, "Sebelum usia 20 tahun, jadilah murid yang baik. Kalau mahu berbisnes, pelajari pengalamannya. Sebelum usia 30 tahun, Ikutilah seseorang. Bekerjalah di perusahaan kecil. Umumnya di perusahaan besar sangatlah baik belajar proses kerja kerana kalian sebahagian daripada mesin besar. Ketika kamu bekerja di perusahaan kecil, kalian belajar tentang semangat dan impian. Kalian belajar cara melakukan banyak perkara dalam satu masa. Sebelum usia 30 tahun, bukan masalah dimana perusahaanmu tapi siapa bosmu. Ianya sangat penting. Bos yang baik, mengajarimu dengan baik. Usia dari 30 hingga 40 tahun, kamu sudah harus berfikir untuk bekerja untuk dirimu sendiri jika kamu benar-benar ingin menjadi pengusaha / usahawan, Usia 25 tahun, buatlah cukup kesalahan. Jika usiamu 40 hingga 50 tahun, kalian harus melakukan sesuatu sesuai kemampuan kalian. JANGAN MELOMPAT KE BIDANG LAIN. IANYA SUDAH TERLAMBAT...."
Apa kaitan dengan isu klien saya ni ? Isunya adalah berkaitan IDENTITI DIRI. Ianya selari dengan apa yang JACK MA sebutkan. Klien saya dalam lingkungan 40-an ke atas. Masih tercari-cari tentang landasan dirinya walaupun beliau seorang profesional. Emosi dan pemikiran lampau menghantui dirinya. Beliau tengelam dengan emosi dan pemikiran negatif. Sekiranya beliau tetap terus dengan keadaan emosi seperti ini, maka bagaimana kehidupannya bersama ahli keluarga ? Pasti pasangan stres dan silap hari naik mahkamah untuk mohon cerai. FORENSIK EMOSI HANYA MEMBANTU APA YANG BOLEH DARI ASPEK PSIKOLOGI. SELEBIHNYA, 99% BERGANTUNG PADA DIRI INDIVIDU samada INGIN TERUS REBAH @ BERUBAH .
[Admin]
Che Qiim Training & Consultancy.
+6019-204 4036
Comments
Post a Comment