"SELAMAT" KAH TEMPAT KERJA ANDA ?
WORK STRESS ; MENGGERUNKAN !
"Saya ingat nak buat appoitment dengan tuan boleh ?
Tuan ada buat perkhidmatan terapi kan.
Jadi, saya berhajat nak buat
PEMERIKSAAN & RAWATAN
KESIHATAN DALAMAN.
Saya nak TINGKATKAN ESTEEM
saya supaya lebih YAKIN BERCAKAP dan
MEENGHADAPI PELBAGAI CABARAN DALAM
HIDUP SAYA.
Saya juga ingin BELAJAR MENGURUSKAN
STRES dan TEKANAN AKIBAT
dari PELBAGAI MASALAH HIDUP."
Whatsap beliau pada saya tempoh hari.
Susuk tubuh ini datang bertemu saya. Beliau duduk dan memulakan bicara. Sangat 'friendly'. Dari raut wajahnya beliau menginginkan ilmu bagi menyelesaikan 'kemelut hati' yang dirasai di tengah dadanya. Selesai menjawab 21 soalan Saringan Minda Sihat (SMS) saya menerangkan kepada beliau tentang tahap stres, anxiety dan kemurungan yang dihadapi oleh beliau. KEMURUNGAN DIRI BELIAU berada dalam INTERPRETASI SANGAT TERUK. "Awak ada masalah rumahtangga ke ? Bercerai ?", tanya saya pada beliau. Mata beliau terbeliak besar seperti tertanya-tanya macamana Che Qiim boleh tahu.
Beliau mulakan SESI FORENSIK EMOSI satu PERSATU. Menjejak diri bagaimana boleh mendapat kemurungan. Beliau sedar bahawa kemurungan dirinya berlaku sejak dari kecil dan 'endingnya' adalah membawa kepada perkahwinan. Beliau bercerai dengan pasangannya kerana 'emosi dendam ibu mertuanya' yang membuat perancangan secara licik untuk memusnahkan perkahwinan mereka.
"Bekas mak mertua awak ni, ada ciri sakit jiwa. Dendaman dengan orang sekeliling tidak berkesudahan. Dan, ianya menjadikan awak sebagai 'punching back' dia. Dan, bekas pasangan awak ni juga punya ciri sakit jiwa. Pasangan awak ni akan buat diri awak menyesal kerana itu sumpahan dirinya pada awak saat awak lepaskan dirinya kan ?" ujar saya pada beliau.
" Ya Che Qiim, bekas pasangan saya ni sangat licik. Saya nampak komplot untuk menjatuhkan kerjaya saya selepas bercerai dengannya. Ke mana sahaja saya bertugas, disitulah "ada orang-orang dia' bekerja di tempat saya bekerja. Pelik Bagaimana 'ada mata-mata' yang boleh bekerja di tempat saya bekerja. Dan, saya kenal 'mata-mata' tersebut ada kaitan dengan bekas pasangan saya. Bacaan saya adalah mereka ingin tutup periuk nasi saya selepas bercerai dengan menyebar fitnah di tempat kerja saya. Sekarang ni, hubungan saya dengan rakan sekerja lain ok. Namun, bos saya mula memberi tekanan kerja pada saya. Bos saya telah termakan fitnah dan hasutan dari 'mata-mata' tersebut. Itu membuatkan diri saya STRES & KEMURUNGAN bagi menghadapi WORK PLACE saya.
Saya merasa tidak selamat di tempat kerja sekarang. Kerana ketegasan saya melakukan tugasan dan berintegriti, maka "bos saya panas punggung". Tak boleh sewenang-wenangnya menganugerahkan projek kepada 'company kesukaannya'. Bos saya cuba buat cara halus untuk usir saya keluar dari jawatan yang saya pegang. SIFAT RASISNYA pada SAYA SANGAT TINGGI. Saya bekerja di sini bukan kerana bos saya. Ianya adalah kerja untuk organisasi. STRES & KEMURUNGAN saya ni BANYAK BERPUNCA dari LUARAN (PERSEKITARAN). Alhamdulillah. Saya masih boleh bertahan hingga saat ini kerana saya ada ALLAH yang MEMBERI REZEKI PADA KEHIDUPAN SAYA. Kerana itu saya datang jumpa Che Qiim untuk BELAJAR ILMU KESIHATAN MENTAL & EMOSI. Saya boleh guna di tempat kerja dan kehidupan saya jangka panjang.",
curah hati beliau dalam sesi FORENSIK EMOSI.
Bagaimana dengan WORK PLACE anda ? Selamatkah dari DIBULI oleh RAKAN PEJABAT anda ? DIJATUHKAN MARUAH anda sebagai PEKERJA di dalam MESYUARAT ? DI PERSEPSIKAN dengan PERSEPSI yang BURUK dan KOTOR di mata majikan anda ? MEMBAWANG SANA-SINI saat 8 jam bekerja. Kerja dan tugas anda di pejabat 'di freez' oleh majikan anda kerana anda ada keupayaan untuk buat kerja lebih bagus daripada bos anda. Komplot untuk menjatuhkan kerjaya anda sebagai pekerja yang berintegriti ? atau bagaimana ?
Realiti "politik pejabat" masa kini lebih kotor dan memualkan daripada "politik parti-parti politik". Politik pejabat boleh membawa kepada timbulnya hasad dengki antara majikan dengan pekerja, pekerja dengan majikan. Politik pejabat juga menjadikan produktiviti pekerja terjejas. Politik kipas mengipas untuk naik pangkat dengan cepat menjadikan organisasi yang dipimpin musnah dan rebah. Membawang sana-sini sudah menjadi darah daging antara pekerja bawahan dengan majikan dan majikan dengan pekerja bawahan. Dendam dengan majikan @ majikan berdendam dengan pekerja yang "tak sebulu" dengan pemikirannya mewarnai organisasi akhir-akhir ini. Ianya sangat tidak sihat dan mendatangkan musibah masa depan.
"Sekiranya awak sudah tidak boleh beri komitmen bekerja. Awak fikirlah sendiri."
Ayat majikan ini sangat halus. Apa maksud sebenar yang majikan seperti
ini inginkan dari pekerjanya yang menghidap sakit kronik.
Tak boleh bertugas dengan tugasan yang berat.
Satu kes yang saya terima adalah sampai satu tahap
pekerja yang selalu disindir oleh bosnya,
mengeluarkan pisau ketika 'mesyuarat' berlangsung. Pisau itu dihunus kepada bosnya yang mulut longkang.Jadi kes besar beb. Lepas tu, majikan mulut longkang
tersebut tak berani masuk pejabat selama sebulan.
Kesemua yang saya sebutkan ini adalah REALITI bukan FANTASI. Sama ada mahu menerimanya walaupun pahit, terserah kepada anda selaku pembaca bijaksana. WORK PLACE kita di MALAYSIA secara UMUMNYA PERLU DI SEMAK KEMBALI. Berikut adalah GARIS PANDUAN yang CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY sediakan berdasarkan pengalaman mengendali kes-kes tekanan dan kemurungan di tempat kerja:-
Antara Perkara Yang Dilarang
Dilakukan Di Tempat
Kerja
Realitinya bermula tahun ini hingga 2020 dan ke atas, TEKANAN & KEMURUNGAN di tempat kerja akan meningkat dari semasa ke semasa. Secara umum, dilaporkan bahawa kira-kira 264 juta orang mengalami kemurungan. Dan, ianya salah satu penyebab utama kepada turunnya prestasi kehidupan. Prestasi kehidupan termasuklah prestasi di tempat kerja dan keluarga. Kos penyakit mental telah dianggarkan sebanyak USD 2.5 trilion (RM 10,282 trilion) pada tahun 2010, dan unjuran untuk mencapai USD 6 Trilion (24.7 triliun) pada tahun 2030. Di Malaysia, terdapat trend peningkatan 3 KALI GANDA dalam masalah kesihatan mental antara penduduk sejak 20 tahun lalu.
Sekiranya kita menggunakan unjuran yang sama, daripada ANGGARAN KERUGIAN MALAYSIA akan MENJADI AS 10.6 bilion (RM 43.6 Triliun) untuk 2010 sebelum ianya meningkat kepada AS 24.3 Bilion (RM 99.9 bilion) menjelang 2030. Satu kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 2017, menunjukkan bahawa 4.4% atau 2,123 GURU dikenal pasti mengalami tahap tekanan yang sederhana, manakala PENJAWAT AWAM juga mendapat KEJUTAN dalam TINJAUAN INDEKS KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI MALAYSIA pada OGOS 2018.
Apabila GURU mengalami TAHAP TEKANAN yang SEDERHANA, ini membawa maksud ILMU KESIHATAN MENTAL & EMOSI secara PRAKTIKAL DIPERLUKAN oleh GOLONGAN INI. Bila MENTAL & EMOSI GURU SIHAT, MAKA ILMU YANG DIAJARI KEPADA PELAJARNYA MUDAH MASUK KE DALAM HATI PELAJAR. Maka, berkuranglah penggunaan perkataan "famous" di kalangan pelajar iaitu "SAYA TAK FAHAM APA YANG CIKGU AJAR".
Bagaimana pula dengan penjawat awam ? Penjawat awam memerlukan LATIHAN KESIHATAN MENTAL & EMOSI secara PRAKTIKAL. Organisasi di Malaysia boleh menggunakan khidmat kepakaran kaunselor, psikologis, psikitris organisasi atau bekerjasama dengan 'profesional mental health' yang punya kepakaran secara praktikal.
Kita tidak mahu latihan kesihatan mental dan emosi penjawat awam dibuat ala kadar. Masuk kursus kesihatan mental dan emosi...diberikan nota oleh penceramah. Penceramah berceramah syok sendiri. Bergelak ketawa tanpa isi yang padu. Penjawat awam terbahak-bahak ketawa. Akhirnya, kursus 2 hari hanyalah tinggal kursus sahaja.
Kursus Coaching For Mental Health Recovery
Untuk Pendidik Di Sebuah Sekolah Swasta.
Pendekatan seperti 'mental & emotional treatment' diperlukan di dalam kursus-kursus kesihatan mental, emosi. Ketika ini segala ilmu praktikal yang dipelajari oleh para kaunselor, psikologis, psikitris, profesional kesihatan mental, ahli terapi perubatan komplementari mahupun lay kaunselor digunakan seoptima mungkin. Janganlah sesama kita bergaduh menyatakan bahawa 'profesional aku sahaja yang boleh buat latihan seperti ini'. Sudah tiba masanya 'pangkat dan juga jawatan' serta 'keegoaan diri' atas 'titlle yang disandang' diletak tepi buat sementara waktu.
Pakailah 'uniform komuniti' untuk bekerja kerana Allah demi komuniti yang tengah tenat waktu ini. Sekiranya golongan profesional seperti anda dalam bidang kaunseling, psikologi, psikitri, pengamal perubatan alternatif & komplementari bertelagah kerana menegakkan teori masing-masing, maka musnahlah harapan masyarakat di luar sana untuk menikmati sentuhan ilmu anda. Sakit mental kalangan masyarakat semakin parah kerana kita sebagai golongan profesional tak habis-habis bertegang urat pasal profesion masing-masing.
Sebagai seorang perunding kesihatan mental forensik, saya mengimpikan dengan semangat Malaysia Baharu bahawa ISU KESIHATAN MENTAL & EMOSI ini DTANGANI SECARA SEJAGAT. Ianya sejajar dengan DASAR KESIHATAN MENTAL NEGARA yang memerlukan kesemua warga Malaysia diberi latihan secukupnya dari aspek QALBU, PEMIKIRAN, EMOSI dan TINGKAHLAKU. Kepada YB Dato' Seri Dr Wan Azizah, selaku Timbalan Perdana Menteri dan merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat, dengan penuh rendah diri saya mengucapkan syabas dan tahniah kerana telah mengorak langkah ke arah mensejahterakan kesihatan mental & emosi warga Malaysia melalui Program Lay Kauselor.
Walaupun, kita sedar bahawa terdapat suara-suara yang tidak bersetuju dengan 'term lay kauselor'. Secara peribadi, selaku warga Malaysia yang terlibat dengan kerja-kerja klinikal terapi di lapangan masyarakat, term yang sesuai boleh digunakan bagi mereka yang terlibat dengan kerja-kerja komuniti adalah 'TERAPIS KHIDMAT KOMUNITI'. Terapis Khidmat Komuniti ini lebih ringan 'termnya' berbanding 'lay kaunselor'. Niat murni YB Menteri adalah disanjung tinggi. Manakala, kepada rakan kaunselor / pelajar-pelajar yang mengambil jurusan kaunseling , psikologi haruslah membuka minda. Menyumbang tenaga secara praktikal kepada masyarakat. Sekiranya anda selaku graduan bidang kaunseling, psikologi masih tidak lagi dapat pekerjaan sama ada di sektor awam atau swasta, why not anda mengorak langkah keluar dari zon selesa dengan cara membina kerjaya sendiri sebagai usahawan bidang kesihatan mental & emosi.
Klien menjalani sesi klinikal terapi
di Che Qiim Training & Consultancy, Gombak.
Bukankah kalian telah mempelajari selok belok teori kaunseling dan psikologi barat dan Islam selama 3 tahun di universiti kalian ? Takkan kalian tidak boleh menubuhkan 'team tersendiri' dan bangunkan bisnes berasaskan perkhidmatan kaunseling ? Jangan dimarah atau dirungut akan kursus-kursus bersifat jangka pendek. Yang penting anda tanyakan pada diri anda dengan pertanyaan, "Selama 3 tahun aku berada di universiti dalam bidang kaunseling, psikologi...berapa orang yang aku berikan perkhidmatan kaunseling kesihatan mental? Berapa "orang yang putus wayar kepalanya' aku kaunselingkan dan berikan rawatan psikologi ke atas dirinya. Berapa banyak sesi praktikal secara klinikal aku berikan kepada orang di universiti? Berapa orang rakan sekuliah aku yang hidap depresi aku bantu untuk pulihkan dirinya menggunakan ilmu kaunseling aku. Berapa orang rakan aku yang mendengar bisikan di telinga (halusinasi) menyuruh terjun bangunan aku bantunya dengan ilmu psikologi yang aku belajar?....." Bertanyalah pada diri dan buktikanlah secara berfakta apa yang kalian lakukan selama 3 tahun di universiti. Kerana apa ? Kerana secara realitinya masyarakat di luar sana mahukan perkhidmatan yang praktikal berbanding teori semata.
Kerugian besar kepada graduan yang masih lagi berfikiran mahu bekerja di sektor awam / swasta. Kalian TIDAK MEMBANGUNKAN SEOPTIMA mungkin POTENSI ILMU 3 TAHUN yang KALIAN BELAJAR DI UNIVERSITI. KALIAN TIADA ILMU KEBERANIAN untuk SURVIVE dalam DUNIA REALITI MASA kini. Laporan Kosmo 2018, menyebut bahawa 11 Juta Rakyat Malaysia menderita susah tidur. http://www.kosmo.com.my/negara/ketagih-telefon-punca-susah-tidur-1.651032 .
BUKANKAH ianya SATU PELUANG BESAR kepada GRADUAN KAUNSELING / PSIKOLOGI untuk MEMBINA PERNIAGAAN berasaskan PERKHIDMATAN PERUNDINGAN ? Antara 5 bidang kerjaya bakal mempunyai permintaan tinggi pada tahun 2020 adalah PAKAR PENGURUSAN TEKANAN. Takkan nak tunggu tahun 2020, baru nak "setup bisnes' dalam bidang ini ? Anda bakal ditinggalkan jauh oleh orang profesional yang nampak jelas akan keperluan masa depan negara.https://himpunanceritalawak.com/2017/08/5-bidang-kerjaya-bakal-mempunyai-permintaan-tinggi-menjelang-tahun-2020.html
PERSIJILAN CREATIVE TRAUMA CLEANSING (CTC)
Fast Track Menjadi Terapis Kesihatan Emosi.
Berjuta rakyat Malaysia perlukan khidmat kepakaran anda. Atau anda TIDAK YAKIN dengan REZEKI BERBISNES dalam BIDANG INI ? atau bagaimana ? TUKAR 360* CARA ANDA BERFIKIR. Maka, TERBUKA LUASLAH REZEKI kalian bagi MEMARTABATKAN KAUNSELING, PSIKOLOGI di bumi bertuah ini.
Salam kesejahteraan mental & emosi untuk anda. Sayangi Diri, Tingkat Prestasi.
[CHt Mohd Mustaqiim b. Asmuji]
Mental Health Forensic.
Che Qiim Training & Consultancy
*Sering dipanggil ke agensi-agensi terpilih bagi perundingan kesihatan mental forensik kepada kakitangan organisasi. Di jemput sebagai panel penceramah LPPKN. Menjadi pembentang kertas kerja bagi seminar-seminar berkaitan kesihatan awam (mental & emotional health). Bertugas sepenuh masa dalam bidang kesihatan mental forensik. Pengasas kepada Program Forensik Emosi. Pernah menulis artikel di laman sesawang seperti 1luvislam.com, Suara Perkim dan juga Majalah Solusi Telaga Biru. Menjadi tetamu Malaysia Hari Ini (MHI) TV 3 bagi mengupas topik ALTERNATIF SELAIN MARAH dan juga POSITIF PAGI bersama CHE QIIM, SELAMAT PAGI MALAYSIA (SPM). Beliau juga merupakan JURULATIH PERIBADI KESIHATAN MENTAL & EMOSI bagi orang perseorangan yang hadapi masalah kesihatan emosi. Anda ingin mendapatkan kepakaran dari beliau ? Hubungi talian 019-204 4036.
Comments
Post a Comment