FORENSIK EMOSI
Sesi Klinikal Terapi Forensik Bersama
Che Qiim Di Che Qiim Training & Consultancy
"Che Qiim, normal ke perasaan anxiety masih ada walaupun sudah menjalani sisi klinikal terapi forensik ni. Saya teringin sangat nak bawa kereta. Keluar rumah macam orang lain. Streslah bila anxiety ini serang saya."
whatsap klien saya.
Salam hormat dari saya untuk anda semua. Terima kasih kerana tetap terus bersama di ruangan ilmu ini. Pasti anda pernah mendengar perkataan 'anxiety' kan ? Apakah perasaan yang wujud pada diri anda apabila mendengar perkataan itu? Takut ? Cemas ? Tak tentu hala. Jantung berdegup ekstra daripada biasa. Begitulah lumrah orang yang terkena 'anxiety'. Pemikiran pun dah fikir macam-macam kan ?
Apa kata, relakskan minda anda. Tariklah nafas sedalam mungkin. Hembus keluar perlahan-lahan dari mulut anda. Bagussssss.... Sekarang, anda pasti mahu tahu tentang FORENSIK EMOSI yang sering dilakukan oleh klien saya selama 2 hari. Duduk berdepan dengan saya untuk 'menggali isu diri' hingga emosi dan pemikiran serta tingkahlaku rasa terganggu.
Anda pernah kena sergah ketika anda sedang bercakap dikhalayak ramai ? Bila terjadi sergehan tersebut, terus anda menjadi gagap. Mungkin juga diri anda punya kisah silam tersendiri yang tetap terus menghantui diri hingga kini. Anda berusaha sedaya upaya untuk menghapuskan rasa kurang enak emosi negatif yang menyerang anda. Dan, akhirnya anda kecundang di tengah jalan.
FORENSIK EMOSI tampil memberikan PENCERAHAN terhadap ISU DIRI yang BERLAKU pada diri anda. Membedah siasat satu persatu berkaitan DIRI anda, EMOSI dan PEMIKIRAN NEGATIF yang sering mengganggu gugat kehidupan anda. Bila nak lelapkan mata sahaja pasti teringat kisah silam diri sama ada pernah di perkosa, di cabul, di rogol atau menjadi mangsa pemuas hawa nafsu luar tabii. Mungkin juga anda masih teringat-ingat kejadian trauma kemalangan diri hingga menjejaskan sistem emosi dalaman diri anda.
FORENSIK EMOSI menggali FAKTA BENAR disebalik DIRI anda. Ianya dimulakan dari QALBU (Niat dalaman diri anda terhadap sesuatu yang anda lakukan). Kemudian terus pergi kepada membedah satu persatu hal ehwal PEMIKIRAN, EMOSI dan TINGKAHLAKU anda hingga ke akar umbi. Ianya lebih bersifat menyeluruh. Bukan sekadar merawat diri. Ianya lebih kepada mengembalikan semula diri dalaman yang telah hilang dicengkam emosi negatif diri.
MODUL KHAS KLINIKAL TERAPI FORENSIK
KEPADA KLIEN YANG BENAR-BENAR
INGINKAN KESEJAHTERAAN MENTAL
DAN EMOSINYA KEMBALI SIHAT.
Sekiranya anda mahu membuang 'anxiety', 'panic', 'marah', 'stress' dan apa juga emosi negatif diri maka anda melakukan kesilapan besar. FORENSIK EMOSI TIDAK MENGAJAR anda untuk membuang emosi negatif diri. FORENSIK EMOSI MENGAJAR anda MENGHARGAI SETIAP EMOSI NEGATIF DIRI anugerah illahi. Kerana, sekiranya anda mahu buang kesemua emosi negatif diri anda, maka pasti hidup anda menjadi ROBOT. SIFAT ROBOT adalah TIADA EMOSI.
Ramai orang telah memanfaatkan SESI FORENSIK EMOSI melalui BUKU MODUL KHAS KLINIKAL TERAPI yang telah saya susun berdasarkan KES-KES KLINIKAL yang dikendalikan di tempat saya. FORENSIK EMOSI MEMBERIKAN PANDUAN KEPADA ANDA untuk HIDUP LEBIH BERMAKNA. HIDUP LEBIH TENANG. HIDUP LEBIH MUDAH DIURUS TADBIR. HIDUP DENGAN KEHIDUPAN yang LEBIH MULAI sebagai INSAN LUAR BIASA.
"URUS EMOSI, TINGKAT PRESTASI"
INGIN MENDAPATKAN KHIDMAT KEPAKARAN JURULATIH
FORENSIK EMOSI ANDA ?
Hubungi talian : 019-204 4036 (CHE QIIM)
Admin
Che Qiim Training & Consultancy
Emel : cheqiim@gmail.com
Comments
Post a Comment