Posts

Showing posts from July, 2019

"SELAMAT" KAH TEMPAT KERJA ANDA ?

Image
WORK STRESS ; MENGGERUNKAN ! "Saya ingat nak buat appoitment dengan tuan boleh ?  Tuan ada buat perkhidmatan terapi kan. Jadi, saya berhajat nak buat PEMERIKSAAN & RAWATAN  KESIHATAN DALAMAN.  Saya nak TINGKATKAN ESTEEM  saya supaya lebih YAKIN BERCAKAP dan  MEENGHADAPI PELBAGAI CABARAN DALAM HIDUP SAYA.  Saya juga ingin BELAJAR MENGURUSKAN STRES dan TEKANAN AKIBAT dari PELBAGAI MASALAH HIDUP." Whatsap beliau pada saya tempoh hari. Susuk tubuh ini datang bertemu saya. Beliau duduk dan memulakan bicara. Sangat 'friendly'. Dari raut wajahnya beliau menginginkan ilmu bagi menyelesaikan 'kemelut hati' yang dirasai di tengah dadanya. Selesai menjawab 21 soalan Saringan Minda Sihat (SMS) saya menerangkan kepada beliau tentang tahap stres, anxiety dan kemurungan yang dihadapi oleh beliau. KEMURUNGAN DIRI BELIAU berada dalam INTERPRETASI SANGAT TERUK. "Awak ada masalah rumahtangga ke ? Bercerai ?", tanya saya pada bel

"CHE QIIM, SAYA SUDAH BUNTU !"

Image
"Saya sudah buntu. Saya tak tahu samada saya bermasalah atau siapa bermasalah.  Saya sudah berhentikan kerja. Lebih 20 syarikat saya bekerja. Kerja sekejap dan  tiba-tiba berhenti. Saya rasa sudah tidak bersemangat.  Apa yang perlu saya buat Che  Qiim ?". Ujar seorang klien dalam telefon tempoh hari. FORENSIK EMOSI telah dilalui oleh diri beliau. Seorang yang berlatar belakang profesional. Bertubuh tinggi. Dan, ciri tubuhnya melambangkan beliau adalah seorang ahli sukan ketika berada di alam persekolahan satu ketika dahulu. Pemikiran dan perasaan beliau berserabut. Beliau sudah tidak nampak lagi segala kekuatan diri yang Allah s.w.t berikan pada diri beliau.  "Sekarang ni, awak sudah melalui FORENSIK EMOSI tempoh hari. Sudah dibekalkan dengan ilmu pengurusan emosi dan kesihatan mental.  Dan, diri awak masih lagi merasa seperti sebelumnya. Awak sudah ikhtiar apa yang perlu awak lakukan untuk 'pemulihan emosi' awak. Sekiranya masih lagi berada

AKHIRI TRAUMA ANDA DENGAN CTC

Image
PERSIJILAN CREATIVE TRAUMA CLEANSING  (CTC) PERTAMA DI MALAYSIA 24 & 25 OGOS 2019 ; GOMBAK, SELANGOR M'SIA "Wah, macamana kurang 30 minit migrain saya boleh hilang? Macamana trauma saya dapat diurus kembali dengan baik agar ianya menjadi  positif buat diri saya?" Situasi takut kucing, takut tempat gelap, fobia dengan air, trauma kerana dihantui  kisah silam diri, stres kerana gagap adalah antara emosi yang sering mengganggu  kehidupan diri seseorang. Sekiranya tak di rawat, apa akan terjadi  pada diri anda? Mungkin diri anda menjadi lebih teruk kerana ketiadaa "tools untuk rawat diri".  Dengan anda MEMPELAJARI TERAPI CTC, EMOSI NEGATIF anda dapat diurus  dengan betul. Anda tidak perlu buang emosi negatif pada diri anda, yang anda perlu  lakukan adalah menguruskannya agar menjadikan Diri dalaman anda kuat. Ya, disebalik terciptanya emosi negatif maka pasti bertemu dengan emosi positif.  Bagaimana CTC membantu m

FORENSIK EMOSI

Image
Sesi Klinikal Terapi Forensik Bersama Che Qiim Di Che Qiim Training & Consultancy "Che Qiim, normal ke perasaan anxiety masih ada walaupun sudah menjalani sisi klinikal terapi forensik ni. Saya teringin sangat nak bawa kereta. Keluar rumah macam orang lain. Streslah bila anxiety ini serang saya." whatsap klien saya. Salam hormat dari saya untuk anda semua. Terima kasih kerana tetap terus bersama di ruangan ilmu ini. Pasti anda pernah mendengar perkataan 'anxiety' kan ? Apakah perasaan yang wujud pada diri anda apabila mendengar perkataan itu? Takut ? Cemas ? Tak tentu hala. Jantung berdegup ekstra daripada biasa. Begitulah lumrah orang yang terkena 'anxiety'. Pemikiran pun dah fikir macam-macam kan ? Apa kata, relakskan minda anda. Tariklah nafas sedalam mungkin. Hembus keluar perlahan-lahan dari mulut anda. Bagussssss.... Sekarang, anda pasti mahu tahu tentang FORENSIK EMOSI yang sering dilakukan oleh klien saya selama 2 hari. Duduk ber