INSPIRASI MELANGKAH DENGAN BERANI (PART 1)

APAKAH LANGKAHANMU 
LONGLAI @ PENUH KEBERANIAN ?

Ramai orang cakap dirinya berani ? Berapa ramai kalangan yang bercakap itu benar-benar berani ? Anda PUNYA KEBERANIAN untuk BERCAKAP DIKHALAYAK RAMAI ? Sekiranya anda punya keberanian bercakap dikhalayak ramai tahniah saya ucapkan. Seandaianya masih tidak punya keberanian bercakap dikhalayak ramai, maka anda perlukan bimbingan khusus untuk berani bercakap. 

Pasti anda mahu berani melangkah untuk menjadi seorang yang sukses bukan? Orang yang sukses dalam hidupnya pasti menemui MENTOR yang BETUL. MENTOR yang BETUL seperti guru anda atau Che Qiim Training & Consultancy menunjuk jalan kepada anda 7 PERKARA PENTING untuk ANDA KUASAI. Dan, entri kali ini saya akan membawa anda kepada PERKARA yang PERTAMA yang PERLU DIKUASAI oleh DIRI ANDA.

PERKARA PERTAMA adalah KUASAI KEBERANIAN UNTUK BERTANYA. Waktu dulu-dulu, di sekolah apakah anda ada belajar subjek bertanya ? Tak ada silibus berkaitan ini bukan ? Kerana itu ramai dikalangan pelajar hingga warga kerja sangat takut bertanya. Persepsi mereka adalah apabila bertanya dan salah bertanya, takut dimalukan.

Maka, terbitlah diri yang kurang yakin. Nak bertanya pun malu-malu. Lebih suka senyap. Dalam 'mesyuarat di pejabat pun' begitu juga. Takut dan malu bertanya. Bagaimana untuk berkomunikasi dengan penuh berani sekiranya anda tidak tahu bertanya. Mulai saat ini anda boleh menggunakan 2 set pertanyaan yang membantu diri anda apabila berkomunikasi menjadi lebih berani iaitu :-

(1) Apakah yang boleh saya lakukan untuk membina keberanian diri saya untuk bertanya soalan ?

(2) Bagaimana saya boleh melontarkan pertanyaan tanpa rasa malu dan takut ?

Anda boleh lakukan aktiviti bertanya ini pada diri anda hingga tercetus jawapan yang UREKA pada diri anda. SELAMAT MENGUASAI KEBERANIAN UNTUK BERTANYA. 


WOW.

MELANGKAH DENGAN BERANI (PART 1)

[CHE QIIM]
Pakar Perunding Kesihatan Mental Forensik
Che Qiim Training & Consultancy.
+6019-204 4036

Comments

Popular posts from this blog

HIPNOTERAPI SATU PENGAMATAN ; PENGALAMAN DI CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY

AKHIRI TRAUMA ANDA DENGAN CTC