EMOTIONAL HEALTH MANAGEMENT CENTER PERTAMA SEUMPAMANYA DI MALAYSIA
PUSAT KESIHATAN EMOSI PERTAMA
SEUMPAMANYA DI MALAYSIA
by :
CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY
Assalamualaikum w.b.t buat semua warga Malaysia.
Terima kasih kerana tetap terus bersama CHE QIIM di dalam ruangan atas talian ini. Sesungguhnya CHE QIIM berterima kasih kepada anda kerana melayari blog yang sarat dengan informasi berguna buat warga Malaysia.
Syabas Che Qiim ucapkan kepada yang telah mendapatkan khidmat perundingan kesihatan emosi di 'teratak kecil' ini. Kalian semua memberikan inspirasi berharga buat Che Qiim demi meneruskan cita-cita membantu lebih ramai warga Malaysia di dalam bidang kesejahteraan mental & emosi.
KELAS PENTAULIAHAN EQ THERAPIST PERTAMA DI CQTC
Semangat membuka pusat kesihatan emosi ini adalah kesinambungan daripada apa yang telah dilakukan di tempat kerja lama Che Qiim (Smart Excel Consultant). Alhamdulillah, tempat kerja lama Che Qiim telah dikenali oleh warga Malaysia. Moga tempat kerja lama Che Qiim tetap terus dikunjungi oleh masyarakat yang memerlukan kepakaran khusus di dalam kerja-kerja perawatan ketagihan seksual dan terapi kekeluargaan.
Che Qiim Training & Consultancy memberikan fokus khusus kepada bidang kesihatan mental & emosi (mental & emotional health management). Kerana apa Che Qiim memilih untuk ,menjurus kepada bidang ini ? Kerana, bidang ini kurang diceburi oleh mereka yang memiliki latar belakang sebagai pengamal NLP / Hipnoterapis.
Che Qiim pernah berdepan dengan situasi dimana ayah sendiri terlibat dengan 'depression'. Apa yang ada dalam kepala Che Qiim ketika itu adalah membawa ayah ke hospital untuk bertemu dengan doktor psikitris. Beberapa kali juga ayah Che Qiim masuk wad psikitris. Saat itu terdetik dihati Che Qiim untuk terjun keranah ini dengan mendalami bidang NLP dan Hipnoterapi. Alhamdulillah, berkat berguru dengan guru yang betul, maka lahirlah semangat untuk membuka 'teratak kecil' yang 'berimpak tinggi' ini.
RINGKAS & SANTAI UNTUK
PERUNDINGAN BERSAMA KLIEN.
Jika dilihat dengan suasana masyarakat hari ini, Che Qiim amat bimbang. Kes bunuh diri semakin menjadi-jadi. Kemurungan warga Malaysia semakin hari semakin meningkat. Ramai klien yang Che Qiim terima adalah mereka yang terlibat dengan kemurungan. Rata-rata mereka akan datang jumpa dengan Che Qiim apabila 'sudah sampai ke penghujungnya'. Waktu tu sudah terlambat.
Adakala Che Qiim berfikir dan bertanya pada diri, "Siapakah orang yang boleh meneruskan legasi Che Qiim dalam bidang ini ?" "Apakah ada orang yang mahu buat pelaburan ilmu di dalam bidang ini?' "Sejauhmana orang mahu buat pelaburan untuk menjadi terapis profesional dalam bidang seperti ini" ? Jika anda terbaca entri ini dan punya keinginan tinggi serta sanggup untuk membuat pelaburan, Che Qiim sedia menerima anda dan 'train' anda sehingga jadi macam Che Qiim. Mungkin 'cita-cita Che Qiim' terlalu tinggi. Dan, pastinya ianya boleh dicapai dengan keizinan Allah s.w.t
Kan bagus disetiap negeri ada 'center seperti ini'. Ya Allah, temukan orang diluar sana dengan Che Qiim agar 'hajatnya untuk mengembangkan ilmu Illahi' ini dimudahkan. Che Qiim punya keinginan untuk bersama di dalam arus media masa bagi mengembangkan ilmu yang Allah pinjamkan sementara pada Che Qiim. Jika ada wartawan yang terbaca entri ini, insyallah Che Qiim sedia bekerjasama demi kesejahteraan mental & emosi warga Malaysia.
SESI UJIAN PRAKTIKAL SEBAGAI EQ THERAPIST
DI BAWAH BIMBINGAN CHE QIIM
Adalah satu kepuasan bagi CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY dapat menyediakan KHIDMAT KEPAKARAN KHUSUS ini kepada MASYARAKAT MALAYSIA. Sekurang-kurangnya, apabila CHE QIIM menemui illahi, CHE QIIM sudah lepas menunaikan tanggungjawab FARDHU KIFAYAH. Walau bagaimanapun, jika ditanya pada Che Qiim keadaan masyarakat sekarang, mempelajari bidang ini adalah satu KEWAJIBAN FARDHU 'AIN. SETIAP ORANG BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA 5 PERKARA UTAMA (MAQASID AL-SYAR'IYAH) iaitu salah satunya adalah PENJAGAAN AQAL.
Jika anda sudah disahkan oleh doktor pakar bahawa anda menghidap kemurungan, tekanan apa tunggu lagi. Bergegas mencari pakar kesihatan mental & emosi anda. Nak baik kena perlu buat sesuatu. Apabila keupayaan mental & emosi terjejas, ketika itu duit banyak macamana pun tiada lagi berguna. Ahli keluarga pun perlu ambil berat terhadap kesihatan mental warganya. Jangan beranggapan "aaahhhh...tak de pape. Ini boleh baik. Kita bawa dia jalan-jalan..makan angin, lepas tu tekanan dan depresinya hilang'. Lepas tu menggagau cari doktor pakar termasuk jumpa Che Qiim. Waktu tu sudah terlawat beb. Oden tak tahu nak kabo ape .
KELAS HARIAN UNTUK ORANG AWAM.
BOOKING DAHULU SEBELUM HADIR !
MACAMANA NAK KE EMOTIONAL HEALTH MANAGEMENT CENTER CHE QIIM ?
Mudah sahaja. WASAP / CALL ke +6019-204 4036.
KESEJAHTERAAN MENTAL & EMOSI TANGGUNGJAWAB BERSAMA.
[ Cht CHE QIIM ]
Pakar runding kesihatan emosi & mental
Che Qiim Training & Consultancy
Comments
Post a Comment