PENTAULIAHAN TERAPIS KESIHATAN EMOSI OLEH CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY 2018
MENJADI TERAPIS EMOSI PROFESIONAL
bersama
CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY
29/08/2018 :
Menjadi terapis kesihatan emosi bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan pengamatan yang tinggi serta pengorbanan masa dan wang ringgit untuk berjaya di dalam bidang kepakaran terhad ini.
INTEGTARED HOLISTIC EMOTIONAL HEALTH MANAGEMENT SYSTEM
by :
Che Qiim Training & Consultancy
Pelbagai ranjau dan onak duri ditempuhi untuk mencapai cita-cita ini. "Apa jaminan awak bila saya dapatkan perkhidmatan ini ?". Soalan ini adalah soalan cepuk emas yang laazim ditanya bakal klien anda. Anda perlu bijak menguruskan pertanyaan klien seperti ini.
Sesi Pembentangan Modul Pembelajaran Oleh Peserta.
Bertempat di CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY, telah berlangsung SESI PENTAULIAHAN EMOTIONAL HEALTH MANAGEMENT PRACTITIONER (MENJADI TERAPIS EMOSI PROFESIONAL) bagi tahun 2018.
Kagum dengan penglibatan peserta secara dua hala. Pelbagai isu dibincangkan berdasarkan modul pembelajaran secara santai dan sistemik. Kelas pentauliahan ini mempunyai OBJEKTIF yang KHUSUS iaitu MELAHIRKAN JURUTERAPIS EMOSI yang BERKUALITI dan PROFESIONAL dibawah bimbingan CHE QIIM yang telah berkecimpung di dalam bidang NLP & Hipnoterapi sejak 2010 hingga kini.
Sesi Perbincangan Kajian Kes Klinikal
Isu kemurungan hangat dibincangkan di dalam kelas ini berdasarkan kepada kes yang pernah dikendalikan oleh pusat kesihatan emosi Che Qiim. Pelajar kelas pentauliahan ini didedahkan bagaimana mengendalikan kes seperti tekanan perasaaan, kemarahan, kecemasan dan kemurungan serta ilmu berkaitan kesihatan awam.
Kupasan demi kupasan tentang kesihatan emosi dan mental dari sudut pandang agama dan moden juga menjadi paksi utama di dalam kelas pentauliahan ini. Paling mengujakan dan menjadi penanda aras bagi pentauliahan ini adalah bagaimana terapis emosi mengendalikan klien sebenar di dalam 'setting' terapi emosi. Ianya adalah sesuatu yang terbaik dizahirkan oleh setiap peserta. Ilmu pengetahuan berkaitan pergerakan angin dan sistem 7 hari dikongsikan kepada peserta sebagai NILAI TAMBAH DIRI seorang JURUTERAPIS EMOSI.
Sesi Praktikal Klinikal Terapi
Begitulah hakikatnya apabila kita menjadi terapis kesihatan emosi. Pelbagai ilmu perlu ditimba oleh diri bagi memastikan bahawa MASA & WAKTU MERAWAT KENA pada TEMPATNYA. Bukan main taram sahaja na. Moga kalian dapat berkhidmat secara profesional dengan komuniti anda. Yang paling utama adalah INGATI JASA GURU yang MENGAJAR ANDA HINGGA KE TAHAP INI. Inilah pesanan guru saya dahulu ketika belajar dalam kelas pentauliahan hipnoterapi. BERGURU BIAR RAMAI AGAR TIDAK MERASA TAKSUB PADA SATU GURU. Terbang Tinggi Tunduk Ke Bumi.
[Cht Che Qiim]
Pakar runding kesihatan emosi (Organisasi & Individu)
Che Qiim Training & Consultancy
+6019-204 4036
Comments
Post a Comment