JURULATIH PERIBADI KESEJAHTERAAN MENTAL & EMOSI PERTAMA DI MALAYSIA
BERSEDIA KE TEMPAT ANDA.
Assalammualaikum wbt.
Salam Ramadhan 1440H buat para pengunjung weblog ini. Terima kasih kerana tetap terus bersama CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY selaku JURULATIH PERIBADI ANDA dalam BIDANG PENGURUSAN KESIHATAN MENTAL & EMOSI.
Agak lama saya tidak 'update' perkongsian ilmu di weblog ini. Ianya kerana sibuk dengan menyampaikan ilmu melalui"kelas-kelas private" yang semakin hari semakin mendapat tempat dikalangan warga kita.
Misi Mengajar Secara Private (Personal Trainer)
"Persijilan Terapis Pengurusan Emosi & Kesihatan Mental
Untuk Kerjaya Masa Depan"
Sejak 2010 hingga kini, pelbagai jenis klien yang Che Qiim Training & Consultancy kendalikan secara 'private' samada mereka datang ke 'clinical office' Che Qiim atau dibawa khas 'ke premis klien'. Daripada isu kegagapan sehingga ke isu pengurusan kemurungan Che Qiim kendalikan. Ada klien yang Allah sembuhkan dan tak kurang pula ada klien yang lambat disembuhkan oleh Allah s.w.t.
Timbul persoalan pada diri saya "kenapa ada klien yang Allah berikan kesembuhan dengan cepat", "kenapa pula ada klien Allah 'delay'kan kesembuhannya ?". Setelah saya meneliti secara terperinci akan situasi seperti ini, dapat saya simpulkan seperti dibawah :-
Belajar Secara Personel
Di Che Qiim Training & Consultancy
"Professional EQ Therapist"
KLIEN YANG ALLAH CEPAT SEMBUHKAN DIRINYA
CIRI-CIRINYA :-
(1) Menerima secara 'mulut dan hati' bahawa kesakitan yang dialami oleh dirinya adalah sebagai satu proses kehidupan di mayapada ini.
(2) Kesanggupan & kesungguhan untuk 'belajar tentang kesakitan yang ditimpakan keatas diri klien'.
(3) Kesungguhan "menginfak kewangan, masa dan tenaga diri' untuk Allah berikan jalan penyelesaiannya terhadap 'kesakitan mental & emosi' yang dideritai oleh dirinya. "Benda ni' ramai orang diluar sana 'berkira-kira", Mahallah. Ya, memang mahal dibanding apa ? Dibanding membeli barang-barang fizikal seperti TV 50 inchi ?
(3) Memiliki KESABARAN yang TINGGI. Hanya KLIEN yang punya KESABARAN TINGGI sahaja mudah Allah sembuhkan kesakitannya.
(4) NIAT datang UNTUK DIRAWAT kerana ALLAH S.W.T.
(5) Kekuatan Diri melakukan 'apa yang dipelajari di dalam kelas perawatan'. 90% bergantung PADA DIRI KLIEN SENDIRI.
(6) PERCAYA secara 'LISAN & DALAMAN DIRI' bahawa KESAKITAN MENTAL & EMOSI yang ditimpa keatas dirinya datangnya dari Allah s.w.t dan Allah jualah yang menyembuhkannya.
(7) TIDAK BERGANTUNG kepada PERAWAT (MAKHLUK) untuk DISEMBUHKAN PENYAKITNYA.
Kelas "Family Forensic" Untuk Kekeluargaan.
KLIEN YANG ALLAH 'DELAY' AKAN KESEMBUHAN DIRINYA
CIRI-CIRINYA :-
(1) TERBURU-BURU untuk DISEMBUHKAN oleh Allah s.w.t
(2) Sering 'COMPLAIN' kerana dah pergi macam-macam pusat rawatan, masih belum sembuh lagi.
(3) 'Mulutnya ' kata terima kesakitan yang ditimpa kepada dirinya. Namun jauh 'disudut hati kecilnya' mempersoal" kenapa aku tak baik-baik lagi. Dah banyak duit habis kesana-sini. Tetap belum 'settel' lagi.
(4) 'Qalbu' diri klien. Rupanya banyak emosi negatif pada orang sekeliling. Dendam tak sudah-sudah dengan ahli keluarga, rakan taulan, majikan dll.
(5) Buruk sangka dengan 'tuhan' dan 'manusia'. Contoh , sering buruk sangka dengan mak mertua dan mak mertua buruk sangka dengan menantu. Akhirnya, dua-dua 'sakit'.
(6) Yakin Allah sembuhkan dirinya hanya 'yakin di mulut' , tak selari dengan qalbu (hati). Ni yang banyak saya jumpa klien jenis macam ni.
(7) "Kedekut" untuk infaq kepada diri samada untuk perawatan atau pembelajaran berimpak tinggi. Dalam otaknya 'mahallah perkhidmatan ini'. Tak tahu lagi boleh sembuh atau tidak. INI NAMANYA KRISIS IDENTITI & KEPERCAYAAN DALAMAN DIRI.
Inilah antara pengalaman saya apabila bersama klien samada bagi sesi klinikal terapi atau pembelajaran profesional. Ada klien yang hadir, betul-betul nak belajar daripada kesakitan emosi yang dialaminya. Ada pula yang 'suam-suam kuku'. Malah, kedapatan pula waris yang tak ambil peduli dengan apa yang berlaku pada diri klien.
Hanya Mereka Yang Didorong Hatinya Oleh Allah
Pasti Menemui
CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY
"Dicampak klien" ke tempat saya dengan harapan lepas sekali sesi terus boleh berubah. Mereka ingat kerja seorang ahli terapi ni macam kerja ahli 'magician'. Klien sakit dah 1 tahun lebih, 2 tahun lebih....tup...tup...tup...terus boleh baik. Begitulah mentaliti kebanyakkan klien khususnya bangsa saya sendiri. Siap pergi bomoh pun ada. Berabis duit ke bomoh boleh pula.
Alhamdulillah,
telah wujud sebuah lagi
pusat terapi emosi & kesihatan mental
khas untuk wanita. Lokasi di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Ada juga klien tanya macam-macam. Lepas tu senyap terus. Ini membuktikan bahawa Allah s.w.t belum lagi menginzinkan dirinya untuk bertemu dengan CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY. BAB BELAJAR DI TEMPAT CHE QIIM pun macam tu juga. HANYA YANG NAK dan NEKAD untuk MELAKUKAN PERUBAHAN DIRI sahaja akan BERTEMU CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY.
Kepada anda diluar sana, sekiranya anda tidak ada masa dan kudrat untuk bertemu Che Qiim di 'clinical office', maka dengan mudahnya anda boleh 'terbangkan Che Qiim' ke tempat anda. Kualiti perkhidmatan sangat diutamakan kepada anda. INVEST SEKALI, SIHAT BERKALI-KALI.
BOOK CHE QIIM SEKARANG !
+6019-204 4036
* Sekiranya anda terbaca status ini, sila 'tularkan' kepada sahabat handai anda, rakan taulan, ahli keluarga anda dan siapa sahaja yang ingin melepaskan belenggu kesihatan emosinya demi sejahtera di dunia dan akhirat.
CHE QIIM
Mental Health Forensic
Berpengalaman dalam sesi klinikal terapi sejak 2010 hingga kini.
Seorang panelis bagi Slot Positif Pagi bersama CHE QIIM , Selamat Pagi Malaysia (SPM) 2019.
Penulis Buku "Menjadi BOMOH (Terapis Emosi)".
Jurulatih pakar dalam bidang kesihatan emosi dan mental forensik pertama di Malaysia.
Mengendalikan kursus/latihan seperti Forensik Keusahawanan, Forensik Kesejahteraan Emosi,
Forensik Kekeluargaan, Forensik Kepemimpinan, Forensik Personaliti.
Beliau boleh dihubungi melalui emel cheqiim@gmail.com
+6019-204 4036.
Comments
Post a Comment