PERSIJILAN TERAPIS KEKELUARGAAN PERTAMA DI MALAYSIA
SESI PENGAMBILAN PELAJAR 2019
Bertempat di Che Qiim Training & Consultancy, telah berlangsung Persijilan Terapis Kekeluargaan (Certified Family Therapist). Persijilan yang dijalankan selama 6 hari dan dikendalikan sendiri oleh jurulatih, mensasarkan kepada OBJEKTIF :-
(1) Membangun KERJAYA DIRI sebagai TERAPIS KEKELUARGAAN menggunakan kepelbagaian metod psikologigunaan abad kini.
(2) Membawa diri ke satu TAHAP PROFESIONAL yang LUAR BIASA di dalam BIDANG TERAPI MINDA & EMOSI KEKELUARGAAN ; dan
(3) Menjadi PENGAMAL TERAPI KEKELUARGAAN secara HOLISTIK.
Tahniah kepada pelajar ini. Beliau merupakan seorang
Doktor dari sebuah universiti tempatan.
Kajian PHD beliau adalah berkaitan dengan
'Work Balance" dikalangan wanita. Graduan solung
untuk Persijilan "Family Therapist", Che Qiim Training & Consultancy
Alhamdulillah, "graduan sulong" bagi persijilan ini telah dapat dihasilkan oleh Che Qiim Training & Consultancy. Selama 6 hari yang padat dan sistemik, pelajar belajar bagaimana menjalankan forensik kekeluargaan, mengenali kekuatan dan potensi diri, asas model terapi Satir, proses perubahan Satir, pengurusan tekanan dan depresi kalangan ahli keluarga, penggunaan 'tools' Neurolinguistic Hypnotherapy (NLHt) dan sebagainya.
Menelusuri kepelbagaian ragam ahli keluarga membuatkan seorang ahli terapis kekeluargaan menjadi lebih matang dalam mengendali kes yang berkaitan dengan kekeluargaan. Menantu berkrisis dengan ibu mertua, suami tak faham isteri, isteri tak faham suami, anak-anak kurang dengar kata ayah ibunya, dan isu ekonomi keluarga dikupas secara terperinci di dalam kelas persijilan ini.
Moga Allah perkenankan untuk
ilmu ini dikembangkan dan
lebih ramai ahli terapis kekeluargaan
dapat dikeluarkan melalui
CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY
Kaedah terapeutik emosi yang dipelajari oleh pelajar persijilan ini, dapat memudahcara sesi terapi kekeluargaan. Seoranga ahli terapis kekeluargaan mestilah 'bijak memancing' apa yang ada di dalam benak fikiran dan perasaan kliennya agar dengan mudah klien menyuarakan emosi hatinya. Komunikasi ahli terapi kekeluargaan haruslah terapeutik kerana hanya komunikasi terapeutik sahaja yang dapat membantu 'menerobos' apa yang ada di minda bawah sedar klien.
Hakikat Perubahan Diri Seseorang
Program Persijilan Terapis Kekeluargaan ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia. Dan, ianya adalah bersifat 'permintaan eksklusif'. Kepada mereka di luar sana yang mahu beralih arah daripada kerjaya lama kepada kerjaya baharu, maka persijilan ini ada jawapannya. Kes berkaitan dengan kekeluargaan sangat banyak dan ianya memerlukan kKHIDMAT AHLI TERAPIS KEKELUARAAN PROFESIONAL. PASTIKAN DIRI ANDA menjadi TERAPIS KEKELUARGAAN bersama CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY mulai sekarang ! Untuk pembelajaran, sila hubungi talian 019-204 4036 (CHE QIIM).
ADMIN
CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY
Comments
Post a Comment