NLP DI SEMINAR KEBANGSAAN KESIHATAN AWAM KE-9/2018

Speaker :
Cht Mohd Mustaqiim b. Asmuji
[ NLP Trainer & Clinical Hypnotherapist ]
NFNLP & IACT

19/07/2018 ; Royal Chulan Hotel, Seremban 

Kesihatan adalah sesuatu yang sangat bermakna buat diri setiap insan diatas muka bumi ini. Dengan kesihatan diri yang baik, kita dapat menjalankan tugas sebagai hamba Allah s.w.t ditahap yang paling maksima.

Seminar kebangsaan berkaitan dengan kesihatan awam kali ke-9 telah melabuhkan tirai pada 18/07/2018 dengan jayanya. Keterlibatan pelbagai pihak di dalam menjayakan seminar ini amatlah membanggakan.

Pelbagai kertas kerja dibentang oleh pakar-pakar perubatan am di Malaysia. Saya adalah salah seorang peserta merangkap 'speaker' bagi tajuk APPLYING NLP TO SUSTAIN HEALTHY BEHAVIOUR FOR OUR COMMUNITY. Ianya adalah satu pengiktirafan yang bermakna buat para pengembang ilmu NLP di Malaysia.

..persediaan untuk membentang kertas kerja...

Pembentangan selama 30 minit ini berkisar kepada bagaimana menggunakan 'tool; NLP iaitu 6 TAHAP LOGIKAL DIRI di dalam 'setting sebagai doktor ketika bersama pesakit'. Ianya juga menonjolkan hasil dapatan dari buku yang ditulis oleh Dr Robert Dilts berkaitan penggunaan NLP di dalam 'setting kesihatan'. Ramai dikalangan ahli perubatan profesional masih lagi tidak mengetahui kewujudan ilmu ini yang telah lama diamalkan di dalam dunia perubatan moden di barat.

...lebih 700 orang pakar menyertai seminar ini...

Antara kertas kerja yang menarik perhatian saya adalah APPLICATION OF MAQASID SYARIAH IN DECISION MAKING AND CHOOSING SAFE BIRTH DELIVERIES yang disampaikan oleh Dr. Rafidah Hanim Mokhtar dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan USIM. Apabila saya amati pembentangannya, maka dapat saya simpulkan setiap perkara yang kita lakukan dalam kehidupan harian perlulah melihat kepada 5 perkara iaitu (1) Penjagaan agama. (2) Penjagaan Diri (An-Nafs). (3) Penjagaan aqal. (4) Penjagaan keturunan ; dan (5) Penjagaan harta benda. Kerana itu apabila kita mempelajari ilmu NLP ianya menekankan kepada kelima-lima elemen ini.

...belajar NLP Untuk Penjagaan Maslahah...

Semoga penganjuran seminar seperti ini dapat memartabatkan profesion membantu masyarakat Malaysia dimata dunia. Telah tiba masanya kesemua golongan profesional seperti doktor, perawat muslim, perawat perubatan tradisional dan komplementeri, psikologis, kaunselor, para NLPer & Hipnoterapis profesional duduk semeja bagi membincangkan isu-isu kemasyarakatan dan membawa satu jalan penyelesaian terhadap keselamatan dan kesejahteraan mental & emosi warga Malaysia.

Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk bersama di dalam seminar ini.

[CHE QIIM]
Pakar runding kesihatan emosi
www.cheqiim.blogspot.com
+6019-2044036

Comments

Popular posts from this blog

HIPNOTERAPI SATU PENGAMATAN ; PENGALAMAN DI CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY

AKHIRI TRAUMA ANDA DENGAN CTC