SELAMAT DATANG KE CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY


SIAPA CQTC ?

Che Qiim Training & Consultancy merupakan sebuah SYARIKAT PERUNDINGAN & LATIHAN yang menjurus kepada KEPAKARAN KHUSUS dalam BIDANG KESIHATAN MENTAL & EMOSI. Metodologi yang digunakan oleh CQTC adalah NLP & HIPNOTERAPI.

Kredibiliti CQTC Di Media

MENGAPA CQTC ?

* Berpengalaman di dalam bidang latihan dan perundingan sejak 2010 hingga kita.
*Berpengalaman di dalam mengendalikan latihan dipelbagai sektor (kerajaan/swasta/badan berkanun}.
*Berpengalaman mengendalikan kepelbagaian kes kesakitan minda dan emosi bersama masyarakat samada di dalam organisasi atau luar organisasi.
*Pembelajaran bersama CQTC adalah bersifat 80% PRAKTIKAL, 20% TEORI.
*Mengendalikan 16 slot POSITIF PAGI bersama CHE QIIM di SELAMAT PAGI MALAYSIA (SPM,2015).

BAGAIMANA CQTC BOLEH BERKHIDMAT UNTUK ANDA ?

(1) Anda boleh berhubung terus dengan CQTC melalui talian +6019-2044036 untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi setiap latihan profesional yang ditawarkan oleh CQTC.

SIAPA TRAINER UTAMA CQTC ?


CHt Mohd Mustaqiim b. Asmuji
Kerjaya : Klinikal Hipnoterapis
*Pentauliah NLP, NLHt, NFNLP-USA*
*Pengamal Hipnoterapi Berdaftar dengan AHPM, Kementerian Kesihatan Malaysia.
 (Traditional & Complementery Medicine)

*Merupakan seorang graduan Bahasa Arab dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Berkecimpung di dalam industri latihan sumber daya insan sejak 2003 hingga kini. Kepakaran khusus beliau adalah dalam bidang perawatan minda dan emosi melalui terapi psikologigunaan NLP & Hipnoterapi. 

Pelbagai isu ketidakseimbangan emosi warga Malaysia dikendalikan oleh beliau. Berpengalaman sebagai penyampai bagi Segmen Positif Pagi Bersama Che Qiim, Selamat Pagi Malaysia (SPM) 2015, penulis artikel Ruangan Taakul Majalah Solusi (Edisi 40-60), penulis artikel bagi isu MH370 “Hipnoterapi Merawat Fear Of Flying” BERNAMA.com, perantara bagi artikel ‘pegawai AmBANK Mati Kena Tembak” 2012 Berita Harian, penulis artikel ruangan INSPIRASI bagi portal iLuvislam.com dan menjadi pembentang di dalam Seminar Kaunseling Kebangsaan 2015 dibawah tajuk “Hipnoterapi Merawat Kemarahan”. 

Beliau boleh dihubungi melalui talian +6019-2044 036. 

PENGALAMAN CQTC ?

Antara pengalaman mengendali kes klinikal terapi

1-     Kemurungan kerana tidak naik pangkat. (Lingkungan usia klien 40-an)

 

Pertemuan asal adalah klien mahu dirawat dari aspek pertuturannya. Namun, bertukar menjadi isu ‘depresion’ dan ada keterkaitan dengan ketidakpuasan hati di tempat kerja (kenaikan pangkat). Ketika dirawat, tiba-tiba klien bangun dari kerusi terapi dan bersilat.

2-     Kegagapan (klien berusia 14 tahun)

 

Pakar terapi pertuturan sebuah hospital telah menyarankan kepada ibu klien agar klien mendapatkan khidmat pakar klinikal hipnoterapis bagi membantu ‘membuang kegagapan’ yang telah lama berlaku pada diri klien. Alhamdulillah, 3 kali sesi klinikal hipnoterapi dijalankan keatas klien, dengan izin Allah s.w.t kegagapan diri klien beransur pulih.


3-     Klien mengaku dirinya ‘gila’. (Kes rujukan dibawah Unit Integriti) (Lingkungan

umur klien 30-an)


Kemarahan melampau di tempat kerja adalah isu yang berlaku pada diri klien ini. Klien telah dirujuk kepada kaunselor JPA dan dinasihatkan untuk menghadiri Kursus Mengurus Kemarahan. Organisasi beliau menggunakan khidmat kepakaran kami untuk ‘sesi klinikal’ selama 1 bulan (one to One). Apa yang menarik adalah, ketika sesi klinikal terapi dijalankan keatas klien ini, klien mengaku dirinya gila dek kerana kemarahan yang melampau melanda dirinya. Setelah sesi pertama berakhir, klien sedar bahawa dirinya bukanlah gila seperti yang dinyatakan di dalam sesi. Klien ini pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak 2 kali.


4-     Klien mula mempersoal tentang Tuhan melalui pertanyaan, “Bagaimana Tuhan mahu mengikut kehendak saya ?” (Lingkungan umur klien 50-an)

 

Klien mengajukan pertanyaan setelah selesai menjalani sesi ‘mass therapy’. Kelihatan klien dalam keadaan buntu dan pemikiran serta emosinya amat serabut. Sesi berjalan selama 15 minit, dan alhamdulillah pemikiran klien terbuka luas setelah melalui proses komunikasi terapeutik.

5-     Klien hampir bunuh diri. (Kes RM 70 K….) (Lingkungan usia klien awal 30-an)

 

Klien hadir ke Program Pengurusan Tekanan (Stress @ Work) yang dikendalikan oleh ‘team’ kami. Sesi klinikal terapi bermula pada sebelah malam (ketiadaan kelas). Hampir 1 jam sesi bersama klien dijalankan untuk membuang segala tekanan yang berlaku pada diri klien. Klien hampir bunuh diri dan terlantar di wad psikitris untuk beberapa bulan sebelum dirinya sembuh seperti sediakala.

6-     Klien menghidap OCD (Obsessive Compulsive Disorder) (Lingkungan usia klien 30-an)

Klien telah hadir ke sesi klinikal terapi sebanyak 3 kali. Namun, OCD klien tidak juga berkurangan kerana ‘permasalahan yang klien nyatakan (OCD) bukanlah sebuah ‘real problem’ yang berlaku pada diri klien’. Apabila diamati, ‘real problem’ klien adalah ketidakpuasan hati terhadap suami yang telah berkahwin lagi dan ‘rahsia perkahwinan kedua suami’ terbongkar setelah 2 tahun (dirahsiakan). OCD klien bertambah teruk dengan hadirnya ‘real problem’ dan klien mengambil keputusan untuk dirujuk kepada pakar psikitris.


LOKASI PERUNDINGAN  :-

NO.14, JALAN SELASEH INDAH.
TAMAN SELASEH FASA 1,
68100, BATU CAVES,
GOMBAK, MALAUSIA
+6019-2044036

Comments

Popular posts from this blog

HIPNOTERAPI SATU PENGAMATAN ; PENGALAMAN DI CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY

AKHIRI TRAUMA ANDA DENGAN CTC