Posts

Showing posts from June, 2019

HIMPUNAN POSITIF PAGI BERSAMA CHE QIIM

Image
TOPIK #1 : KEJUTAN BUDAYA TOPIK #2 : KETAGIH GAJET TOPIK #3 : AKU STRES TOPIK # 4 : URUS KEMARAHAN DIRI KAEDAH HIPNOTERAPI  MHI TV 3 [ ALTERNATIF SELAIN MARAH ]

CEMBURU, LANTAS GANTUNG DIRI

Image
Cemburu membuat orang sanggup bunuh diri Salam hormat dari Che Qiim Training & Consultancy. Terima kasih kerana tetap terus bersama di dalam ruangan kesihatan mental forensik ini. Syabas kerana anda menjadikan laman rasmi blog ini sebagai medium untuk menambah ilmu pengetahuan di dalam bidang kesihatan mental dan emosi forensik. Pastinya anda pernah mendengar perkataan cemburu bukan ? Seringkali perasaan cemburu dikaitkan dengan ketidaksenangan emosi diri terhadap sesuatu yang sangat disayangi. Pergaduhan suami isteri kerana cemburu seringkali mewarnai dada akhbar. Laporan Kosmo pada 29/06/2019 melaporkan bahawa seorang lelaki membunuh diri dengan menggantung diri di pokok rambutan kerana berlaku perbalahan antara pasangan disebabkan lelaki itu cemburu terhadap isterinya.  Wanita tersebut melihat suaminya memegang tali dan keluar dari rumah. Selepas selesai memasak, wanita itu mencari suaminya di sekitar rumah dan menemui susuk tubuh yang telah mati di pokok rambutan

DISERANG "SI PANIK"

Image
"Saya takut kehilangan keluarga saya". kata beliau pada saya ketika SESI FORENSIK EMOSI  dijalankan ke atas beliau. Salam ukhwah dari saya untuk anda. Terima kasih atas atas kunjungan hormat anda terhadap blog resmi ini. Ianya adalah sesuatu yang amat bermakna buat diri anda. Pasti anda tercari-cari tempat untuk anda 'CURHAT' iaini INGIN MENCURAHKAN RASA HATI yang TERPENDAM LAMA secara BERFAKTA. Dan, CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY adalah ANTARA PILIHAN TEPAT dengan KOS EFEKTIF untuk DIRI ANDA. "Che Qiim, kerana itu saya hadir KELAS PERSONAL (FORENSIK EMOSI) ni kerana saya nak tahu apa yang sebenarnya terjadi pada diri saya akhir-akhir ini" , kata beliau pada saya. Usia beliau baru mencecah 20-an. Dan, melalui Ujian Minda Sihat mendapati bahawa beliau 'terkena serangan kerisauan (Anxiety)'. FORENSIK EMOSI dimulakan ke atas beliau. Perkataan pertama yang muncul dari bibir beliau adalah 'saya mahu bahagia'. Kalimah yan

KAWAL KEMARAHAN, TINGKAT KESABARAN

Image
 MENGURUS KEMARAHAN DIRI ADALAH LEBIH PENTING  DARIPADA SEGALA-GALANYA. Assalammualaikum w.b.t  Salam pagi Isnin penuh barakah. Terima kasih kerana anda tetap terus bersama CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY. Sebuah 'center' yang menawarkan perundingan kesejahteraan mental dan emosi secara klinikal pertama di Malaysia. Anda pasti pernah mendengar perkataan 'KEMARAHAN' bukan ? Apa yang bermain dibenak fikiran anda apabila merasa marah ?  Kemarahan merupakan sebuah emosi yang kurang senang samada terhadap diri sendiri atau orang lain. Ianya boleh terbit pada bila-bila masa sahaja. Kemarahan seringkali dikaitan dengan 'api yang marak membara ' . Kerana apa kemarahan seringkali dikaitankan api ? Kerana ianya adalah sifat syaitan.  Mohd Mustaqiim b. Asmuji,  Pengamal Neuro Linguistic Programming (NLP) Bertauliah Mengendalikan Kursus Pengurusan Marah  untuk 35 Orang Kakitangan Awam  Universiti Malaysia Sabah  Marah yang berlebihan

BARAN BERAPI

Image
Artikel Penulis Di Majalah Solusi 2015 Assalammualaikum w.b.t  Salam kasih sayang dari Che Qiim Training & Consultancy untuk anda semua. Terima kasih kerana tetap terus bersama CQTC demi meningkatkan prestasi diri secara luar biasa. Hari ni Che Qiim nak kongsi tentang topik BARAN BERAPI. Mesti ada penyebab anda menjadi marah bukan ? Berdasarkan pengalaman saya membantu klien yang 'baran berapi' didapati bahawa kebanyakkan klien merasa TIDAK PUAS DENGAN KEHENDAK DIRINYA.  "Betul ke Che Qiim ? Macam tak percaya pula. Buktinya?". Satu ketika di dalam siri latihan yang saya kendalikan disebuah organisasi Malaysia, ada seorang peserta bertanya soalan ini. Soalan ini dianggap sebagai soalan maut beb. "Macamana Tuhan Mahu Ikut Kehendak Saya". Satu dewan tergamam dan diam mendengar soalan yang dilontarkan oleh peserta ini. 20 minit saya lakukan forensik diri keatas peserta ini secara 'detail'. Dan...jawapan yang mengejutkan

REBAH DICENGKAM EMOSI TEKANAN

Image
Ramai pakar yang telah  memberi amaran bahawa penyakit mental akibat tekanan bakal  menjadi masalah kesihatan kedua terbesar di Malaysia  selepas penyakit jantung menjelang 2020. http://www.kosmo.com.my/negara/kenali-simptom-awal-tekanan-perasaan-1.591803 Terima kasih kerana terus bersama Che Qiim Training & Consultancy selaku JURULATIH & TERAPIS PERIBADI ANDA . Tahniahkan diri anda kerana berjaya mencari NILAI BERHARGA bersama kami. Kami sangat menghargai diri anda. Whatsap Che Qiim terus dikunjungi dengan... "Boleh saya tahu di center Che Qiim ada rawatan terapi ke?  Boleh saya tahu kos jika mahu terapi? Saya pun tak tahu nak mula cerita dari mana.  Saya nak tahu tahap kesihatan mental saya. Saya dari kecil ada masalah takut. Takut tempat tinggi. Saya akan mual dan rasa macam melayang. Bila saya bawa basikal di jalan raya, ada kereta dari arah bertentangan (dalam laluan betul)... saya mengelak nyorok dalam semak. Waktu kecil s

KETAKUTAN DENGAN BAJU DOKTOR.

Image
...Diri Dibelenggu Dengan Ketakutan Baju Putih Doktor... Assalammualaikum w.b.t Salam kejayaan buat diri anda selaku pengunjung blog ini. Pasti anda mahu men'update' ilmu dari laman rasmi CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY. Terima kasih kerana menjadi 'pengikut setia' CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY. "Che Qiim, saya nak tanya. Anxiety dan white coat syndrome boleh dirawat tak? Bila saya jumpa dengan Doktor terus BP saya naik. Ada satu ketika BP saya naik bacaannya 170/100. Ada satu masa bacaan BP saya mencapai 200" tanya klien melalui whatsap. Klien ini berumur 40 tahun. Telah disahkan oleh doktor yang merawatnya bahawa klien menghidap 'kerisauan terhadap baju doktor'. Bahasa paling mudah adalah 'anxiety terhadap white coat'. Doktor yang merawat beliau merasa hairan dan mencadangkan agar klien dirujuk kepada pakar yang boleh membantu klien. Alhamdulillah, klien dapat bertemu dengan saya dengan gerakkan kuasa illahi.

KUNCI PENYEMBUHAN JIWA#1 (MENYUCI JIWA)

Image
"Antara Amalan Zikir Yang Membuat Diri Dalam Menjadi Kuat". Assalammualaikum w.b.t Rakan pengunjung blog yang dirahmati illahi. Salam Syawal 1440H dari Che Qiim Training & Consultancy. Terima kasih kerana terus bersama kami menimba ilmu pengurusan kesihatan emosi dan mental. Ianya adalah pusat kesejahteraan minda dan emosi buat ahli keluarga di Malaysia.  Anda pernah mendengar zikir di atas ? Zikir ini mengingatkan saya pada satu kisah ketika saya dan isteri menjaga anak ke-2 kami di wad NICU. Anak kedua kami lahir dengan berat 560gram. Berjaya hidup selama 10 bulan. Hidupnya dengan kuasa zikir. Ya, kuasa zikir. Bayangkan bagaimana perasaan saya dan isteri ketika berulang alik ke hospital. Stres, sedih dan pelbagai rasa menyerang diri. Alhamdulillah, ianya berjaya diharungi dengan zikir ini. Zikir ini membantu diri dalaman saya untuk 'cepat sembuh' daripada emosi kesedihan.  Zikir ini nampak 'simple'. Namun, daya tajamnya menusuk ke hati