KAWAL KEMARAHAN, TINGKAT KESABARAN

 MENGURUS KEMARAHAN DIRI ADALAH LEBIH PENTING 
DARIPADA SEGALA-GALANYA.

Assalammualaikum w.b.t 

Salam pagi Isnin penuh barakah. Terima kasih kerana anda tetap terus bersama CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY. Sebuah 'center' yang menawarkan perundingan kesejahteraan mental dan emosi secara klinikal pertama di Malaysia. Anda pasti pernah mendengar perkataan 'KEMARAHAN' bukan ? Apa yang bermain dibenak fikiran anda apabila merasa marah ? 

Kemarahan merupakan sebuah emosi yang kurang senang samada terhadap diri sendiri atau orang lain. Ianya boleh terbit pada bila-bila masa sahaja. Kemarahan seringkali dikaitan dengan 'api yang marak membara'. Kerana apa kemarahan seringkali dikaitankan api ? Kerana ianya adalah sifat syaitan. 

Mohd Mustaqiim b. Asmuji, 
Pengamal Neuro Linguistic Programming (NLP) Bertauliah
Mengendalikan Kursus Pengurusan Marah 
untuk 35 Orang Kakitangan Awam 
Universiti Malaysia Sabah 

Marah yang berlebihan boleh membuat diri anda hilang kewarasan berfikir. Anda boleh melakukan apa sahaja diluar kawalan anda. Anda mampu membunuh orang yang anda sangat sayangi. Anda juga mampu membuat 'dunia bergegar' dengan rasa kemarahan anda.  Kerana itu Allah s.w.t menjelaskan menerusi surah ali-Imran ayat 134, "Orang yang menahan kemarahannya, dan memaafkan kesalahan orang. Allah mengasihi orang yang melakukan perkara-perkara yang baik."

Bila masa yang kita semua mudah merasa marah ?

Mengikut apa yang dikatakan oleh Tuan Guru saya di dalam bidang ilmu falak kehidupan, antara waktu manusia mudah merasa marah adalah antara jam 12.00tgh hingga 01.00tgh. Keadaan waktu itu syaitan sedang menggila. Dan, waktu itu sekiranya kita berada di luar (melakukan kerja-kerja di luar di bawah terik matahari)akan mudah terkena penyakit yang keluar dari perut bumi. Maklumat lanjut, anda boleh lihat video di bawah :-

Kuliah Tuan Guru Saya ( Haji Hanafiah Abdul Razak).
Beliau merupakan seorang Pakar Rujuk Ilmu Falak JAKIM
dan seorang perunding khas di dalam bidang falak kehidupan.

Maka, anda ingin tahu lebih lanjut berkaitan ALTERNATIF SELAIN MARAH ? ANDA INGIN MENGAWAL KEMARAHAN & MAHU TINGKATKAN KESABARAN DIRI ANDA ?  INSYALLAH, bersama CHE QIIM di dalam SEGMEN 10 MINIT di MALAYSIA HARI INI (MHI) ESOK (25/06/2019). Che Qiim akan mengupas secara padat tentang isu ini. Jom timba ilmu esok di MHI TV 3.

"BRINGS OUT THE BEST"

ANDA PERLUKAN JURULATIH PERIBADI 
DEMI KESEJAHTERAAN MENTAL & EMOSI ANDA ?

ORGANISASI ANDA MEMERLUKAN KAMI ?

HUBUNGI 
CHE QIIM TRAINING & CONSULTANY
019-204 4036

Mufakkir Illaih...

(CHE QIIM)
Mental Health Forensic Specialist
+6019-204 4036

Comments

  1. Replies
    1. Terima kasih kerana hubungi saya. Ini adalah alamat centernya. Che Qiim Training & Consultancy, No.14A, Jalan Selaseh Indah, Taman Selaseh Fasa 1, Batu Caves, Gombak. Sdr. boleh WAZE : CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY. Untuk hadir ke center kami, sdr. boleh membuat temujanji terlebih dahulu melalui WHATSAP 019-204 4036. Terima kasih.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

HIPNOTERAPI SATU PENGAMATAN ; PENGALAMAN DI CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY

AKHIRI TRAUMA ANDA DENGAN CTC

"SELAMAT" KAH TEMPAT KERJA ANDA ?