REBAH DICENGKAM EMOSI TEKANAN
Ramai pakar yang telah
memberi amaran bahawa penyakit mental akibat tekanan bakal
menjadi masalah kesihatan kedua terbesar di Malaysia
selepas penyakit jantung menjelang 2020.
Terima kasih kerana terus bersama Che Qiim Training & Consultancy selaku JURULATIH & TERAPIS PERIBADI ANDA. Tahniahkan diri anda kerana berjaya mencari NILAI BERHARGA bersama kami. Kami sangat menghargai diri anda.
Whatsap Che Qiim terus dikunjungi dengan...
"Boleh saya tahu di center Che Qiim ada rawatan terapi ke?
Boleh saya tahu kos jika mahu terapi?
Saya pun tak tahu nak mula cerita dari mana.
Saya nak tahu tahap kesihatan mental saya.
Saya dari kecil ada masalah takut. Takut tempat tinggi.
Saya akan mual dan rasa macam melayang.
Bila saya bawa basikal di jalan raya, ada kereta
dari arah bertentangan (dalam laluan betul)...
saya mengelak nyorok dalam semak.
Waktu kecil saya pernah rasa tak disayangi.
Selalu mimpi menakutkan.
Saya takut dengan orang dan mudah rimas berada
dalam keramaian"
Begitulah bunyi kandungan whatsap beliau yang saya terima. Sesi klinikal terapi forensik diatur sendiri oleh beliau. Beliau whatsap saya untuk 'book tarikh' untuk menjalani sesi. Sesi dijalankan selama 3 jam. Air mata beliau mengalir sepanjang 3 jam sesi berlangsung.
Beliau bercerita tentang keadaan dirinya sejak kecil hingga kini. Menangis....dan terus menangis. Lebih 5 kali beliau menyebut perkataan 'rasa bersalah pada diri' dan 'tidak boleh memaafkan diri dengan seluruh kejadian yang berlaku pada dirinya'.
Ujian DASS dibuat sendiri oleh beliau dihadapan saya. Keputusan awal menunjukkan bahawa beliau sangat memerlukan ilmu pengurusan kesihatan mental dan emosi. Dan, sesi ini merupakan ruang terbaik buat diri beliau untuk 'curhat' habis-habisan. Beliau telah buat solat Istikharah sebelum bertemu dengan Che Qiim Training & Consultancy. Dan, hasilnya Allah lorongkan untuk bertemu dalam sesi ini.
2 jam aktiviti Mental Health Forensic dijalankan ke atas beliau. Asyik menangis sokmo. Jelas dibalik 'niqab' yang dipakai oleh beliau mata beliau menyimpan 1001 perasaan. Perasaan besar yang mencengkam hidup beliau adalah TEKANAN. Tekanan terhadap diri yang tidak boleh memaafkan apa yang dilakukan sepanjang hidup beliau. Beliau rasa sangat berdosa.
"CHE QIIM, KENAPA PERCENT SAYA TERHADAP SUKAR NAK MAAFKAN
LEBIH TINGGI BERBANDING DENGAN PERCENT MEMAAFKAN ?",
tanya beliau pada saya.
Jawapannya mudah. Berdasarkan hasil dapatan melalui mental health forensic yang dilalui oleh beliau menunjukkan bahawa ISU SEBENAR BAB TAK BOLEH MEMAAFKAN INI ada kaitan dengan ISU DIRINYA dengan IBUNYA. Bila disentuh hal ini, lagi laju air mata beliau gugur. Inilah yang selama ini dirasai oleh beliau. Rasa diri tidak dihormati oleh ibunya sendiri. Malah suaminya pun sukar memahami isi hati beliau. Beliau sudah menyatakan hasrat untuk bertemu dengan pakar psikitris kerana merasakan diri beliau ada yang tak kena. Namun, suaminya diam membisu. "Kali ni saya nekad jumpa Che Qiim."
"Nampak gaya, selepas sesi ini saya perlu bertemu dengan 'husband awak' untuk konsultasi selanjutnya. Dan, suami awak juga perlu ikuti sesi klinikal terapi ini agar dirinya dapat bantu diri dan awak. Sekiranya awak tumbang sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anak awak,
bagaimana dengan perjalanan hidup keluarga awak ?
Kes awak ini perlu difahami dan dipelajari oleh suami awak.
Sekiranya suami awak bekerjasama, alhamdulillah,
Mudah urusan kehidupan ahli keluarga awak."
Ujar saya pada beliau.
Beliau telah reba dicengkam emosi tekanan yang sudah lama dipendam sendiri. Maka, bagaimana dirinya boleh 'overcome' dari isu tidak boleh memaafkan diri sendiri ?
Berikut adalah langkah mudah, sekiranya anda berdepan dengan situasi seperti klien ini :-
Langkah 1 : Cari tempat yang selesa pada diri anda. Duduk dalam keadaan tenang. Tarik nafas dari hidung dan lepas nafas secara perlahan-lahan keluar melalui mulut anda. Bagus....
Langkah 2 : Sekarang...pejamkan mata anda.
Langkah 3 : Ketika ini dan saat ini, anda membawa diri anda ke satu tempat yang menenangkan diri anda sambil mengira 10 hingga 1 secara mengundur. Semakin anda mengira undur 10 hingga 1....dengan mudahnya seluruh tubuh badan anda semakin relaks...dan relaks. Nikmati ketenangan yang dalam di minda bawah sedar anda.
Langkah 4 : Saat ini bimbing diri anda untuk mula memaafkan diri dalaman anda yang pernah melakukan apa juga perkara yang menyebabkan diri anda tidak boleh memaafkan diri. Rasainya dengan lebih mendalam, Apabila anda sudah rasainya, sebutlah nama penuh anda dan mula menyebut "Saya memaafkan diri saya dengan segala perbuatan yang pernah dilakukan oleh diri saya. Saya memohon kemaafan pada tuhan yang mencipta saya. Selepas ini, saya menerima diri saya dengan baik." (Ulang kata-kata ini hingga anda terlelap hanyut ke dasar ketenangan yang dalam. Minda bawah sedar anda mua menyerap apa yang anda katakan untuk dilakukan dalam bentuk perbuatan selepas sesi ini).
Langkah 5 : Apabila anda sudah memaafkan diri anda, mula memaafkan orang sekeliling anda dengan hati yang sangat murni. Ingatlah bahawa selepas sesi ini anda perlu menjalankan kehidupan dengan perasaan tenang dan gembira. Ucap syukur pada Allah s.w.t kerana anda belajar sesuatu dari isu yang berlaku pada diri anda.
Langkah 6 : Tarik nafas dalam-dalam. Hembuskan pernafasan anda secara perlahan-lahan keluar dari mulut anda. Dan....sekarang...bukalah mata anda.
Tahniah kerana anda telah berjaya mengurus emosi tekanan anda melalui KEMAAFAN. Ianya MEMBERI MAKNA TERSENDIRI buat DIRI DALAMAN anda. USAH REBAH DICENGKAM EMOSI TEKANAN DIRI MULAI SEKARANG !
*Alhamdulillah, klien ini telah mula celik aqal dan hati terhadap isu yang berlaku pada diri. Laporan sesi klinikal terapi forensik secara lengkap akan diserahkan kepada beliau. Kerja rumah telah saya berikan kepada beliau untuk 'proses self monitoring' sebelum sesi pertemu ke-2 (follow up) berlangsung.
INGIN MENDAPATKAN KHIDMAT KEPAKARAN
BAGI MENSEJAHTERAKAN MENTAL & EMOSI ANDA ?
HUBUNGI JURULATIH / TERAPIS PERIBADI ANDA :-
CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY
+6019-204 4036
Comments
Post a Comment