CEMBURU, LANTAS GANTUNG DIRI
Cemburu membuat orang sanggup bunuh diri
Salam hormat dari Che Qiim Training & Consultancy. Terima kasih kerana tetap terus bersama di dalam ruangan kesihatan mental forensik ini. Syabas kerana anda menjadikan laman rasmi blog ini sebagai medium untuk menambah ilmu pengetahuan di dalam bidang kesihatan mental dan emosi forensik.
Pastinya anda pernah mendengar perkataan cemburu bukan ? Seringkali perasaan cemburu dikaitkan dengan ketidaksenangan emosi diri terhadap sesuatu yang sangat disayangi. Pergaduhan suami isteri kerana cemburu seringkali mewarnai dada akhbar. Laporan Kosmo pada 29/06/2019 melaporkan bahawa seorang lelaki membunuh diri dengan menggantung diri di pokok rambutan kerana berlaku perbalahan antara pasangan disebabkan lelaki itu cemburu terhadap isterinya.
Wanita tersebut melihat suaminya memegang tali dan keluar dari rumah. Selepas selesai memasak, wanita itu mencari suaminya di sekitar rumah dan menemui susuk tubuh yang telah mati di pokok rambutan. Satu nota ditemui di dalam pokok suaminya yang bertulis, "Ada surat dalam poket baju kerja. Selamat tinggal sayang. Biarlah berakhir begini. Abang tak pernah menyesal kerana bersama sayang. Assalammualaikum. Salam terakhir. ".
Meneliti corak tulisan lelaki ini, seharusnya
beliau perlu mendapatkan khidmat
kaunselor / psikologis / psikitris /
profesional kesihatan mental.
Terlalu mudah orang kita mencabut nyawanya sendiri. Bergaduh suami isteri dek kerana cemburu buta dan terlalu kuat cemburu. Individu yang terlalu cemburu punya kisah silam yang tidak menyenangkan dirinya. Pernah ditinggalkan kekasih , atau pada saat mahu menikah secara tiba-tiba pasangan lari bersama orang lain. Maka, wujud dendam yang mendalam. Dendan itu dipendam hingga menjadikan orang lain mangsa keadaan. Begitulah bahana disebalik cemburu. Cemburu boleh membuat orang hilang kewarasan berfikir, tercabut iman dan ehsan. Berwaspadalah dengan segala emosi yang ada pada diri anda. Uruskan emosi anda dengan sebaiknya. Cari pakar yang boleh membantu meringankan beban emosi anda. Jangan takut bertemu pakar kerana NYAWA anda adalah lebih UTAMA berbanding mata benda.
[CHE QIIM]
Perunding Kesihatan Mental Forensik.
*Penulis berpengalaman luas di dalam bidang kesihatan mental dan emosi forensik. Mengendalikan kes-kes 'ketidakselesaian emosi' diri individu secara 'private'. Beliau boleh dihubungi melalui talian 019-204 4036.
Comments
Post a Comment