KUNCI PENYEMBUHAN JIWA#1 (MENYUCI JIWA)

"Antara Amalan Zikir Yang Membuat Diri Dalam Menjadi Kuat".

Assalammualaikum w.b.t

Rakan pengunjung blog yang dirahmati illahi. Salam Syawal 1440H dari Che Qiim Training & Consultancy. Terima kasih kerana terus bersama kami menimba ilmu pengurusan kesihatan emosi dan mental. Ianya adalah pusat kesejahteraan minda dan emosi buat ahli keluarga di Malaysia. 

Anda pernah mendengar zikir di atas ? Zikir ini mengingatkan saya pada satu kisah ketika saya dan isteri menjaga anak ke-2 kami di wad NICU. Anak kedua kami lahir dengan berat 560gram. Berjaya hidup selama 10 bulan. Hidupnya dengan kuasa zikir. Ya, kuasa zikir.

Bayangkan bagaimana perasaan saya dan isteri ketika berulang alik ke hospital. Stres, sedih dan pelbagai rasa menyerang diri. Alhamdulillah, ianya berjaya diharungi dengan zikir ini. Zikir ini membantu diri dalaman saya untuk 'cepat sembuh' daripada emosi kesedihan.  Zikir ini nampak 'simple'. Namun, daya tajamnya menusuk ke hati saya ketika 'mendodoikan' anak kami di wad NICU. 

Inilah kuasa zikir. Zikir adalah salah satu kaedah yang ampuh untuk menjadikan jiwa dalaman kita yang gundah gula menjadi tenang. Terkena serang seperti 'anxiety', 'panic attack', tekanan perasaan...maka rapatkanlah jiwa dengan zikir ini. Hayatilah setiap terjemahan daripada zikir ini, dan pasanglah audio ini tatkala hendak tidur. Insyallah, akan hadir satu 'energi luar biasa'. Energi penyembuhan jiwa.

" Aku Memohon Ampun Ya Allah,
Maha Penerima Taubat."

"Aku Memohon Ampun Ya Allah
Daripada Segala Dosa".

"Tambahkan Kepadaku Ilmu Yang Bermanfaat".

"Berikanlah Aku Amalan Yang Dimakbulkan".

"Kurnikan Kepadaku Rezeki Yang Meluas."

"Terimalah Taubat Kami Dengan Taubat Nasuha."

Bagaimana melakukan terapi penyembuhan jiwa bagi anda yang 'hidap penyakit emosi' ? Berikut saya perturunkan teknik merawat dalaman diri untuk tujuan penyembuhan 'dalaman' :-

LANGKAH 1 : Ambil wuduk agar diri berada di dalam keadaan diri bersih.

LANGKAH 2 : Duduk bersila @ secara santai. Sekiranya ada 'kerusi malas' @ recliner alhamdulillah. Duduklah dalam keadaan diri paling selesa. Relakskan diri. Tarik nafas dalam-dalam. Kemudian, hembus keluar pernafasan keluar dari mulut secara perlahan-lahan. Lakukan kaedah pernafasan ini 3 kali secara relaks. Kemudian, secara perlahan-lahan...pejamkan mata anda.

LANGKAH 3 : Sekarang...rehatkahlah segala tubuh badan anda bermula dari umbun-umbun kepala anda hingga keseluruh tubuh anda. Ketika ini seluruh tubuh badan anda merasa sangat ringan...ringan...dan ringan. Bagus...kesemua sistem dalaman tubuh anda mulai rehat dan rehat.

LANGKAH 4 : Ketika ini anda sedang mendengar bait zikir ini dengan perasaan yang penuh ketenangan. Membayangkan segala perihal dosa atau ujian yang sedang dihadapi oleh diri anda. Pastinya anda merasa sakit hati, terkilan dengan ujian yang diri hadapi. Kumpulkan segala ujian yang anda hadapi itu dan rasakan ianya terkumpul di bahagian badan anda samada di kepala atau bahu atau dimana tubuh anda merasai bebanan ujian tersebut. Letakkan warna terhadap ujian / bebanan tersebut. Rasakan ia bakal dilepaskan sebentar nanti keluar daripada tubuh anda. Saat ini, anda tarik segala energi yang membebankan perasaan dan mental anda. Tarik dan buang keluar dari tubuh anda. Buang energi negatif itu ke dalam botol. Bayangkan ada sebiji botol, tak kira samada botol itu besaratau kecil. Buang segala bebanan jiwa anda di dalam botol tersebut. Ulangkan lagi perilaku anda membuang energi negatif bebanan jiwa anda hingga seluruh tubuh anda semakin ringan....dan ringan.. Sekiranya selepas anda membuang bebanan jiwa anda, dan anda tertidur...biarkan sahaja hingga tubuh anda sendiri terjaga dari sesi terapi ini. Biarkan minda bawah sedar anda merasai bait zikir ini agar diri dalaman lepas bebas dari segala energi negatif. Jiwa diri semakin tenang...dan tenang...

LANGKAH 5 : Sekarang, dengan perlahan-lahan...bukalah mata anda.

ANDA PERLU LAKUKAN BERULANG KALI HINGGA JIWA DALAMAN DIRI SEMAKIN LEMBUT DAN TENANG.

Selamat Beramal.


[CHE QIIM]
Penulis Buku
"Menjadi Bomoh (Terapis Emosi)"
"Kunci Penyembuhan Jiwa"
* Beliau merupakan seorang PERUNDING PAKAR KESIHATAN MINDA & EMOSI
yang berpangkalan di Taman Selaseh Fasa 1, Gombak. Untuk mendapatkan khidmat kepakaran beliau, sila hubungi talian 019-204 4036.

Comments

Popular posts from this blog

HIPNOTERAPI SATU PENGAMATAN ; PENGALAMAN DI CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY

AKHIRI TRAUMA ANDA DENGAN CTC