DISERANG "SI PANIK"

"Saya takut kehilangan keluarga saya".
kata beliau pada saya
ketika SESI FORENSIK EMOSI 
dijalankan ke atas beliau.

Salam ukhwah dari saya untuk anda. Terima kasih atas atas kunjungan hormat anda terhadap blog resmi ini. Ianya adalah sesuatu yang amat bermakna buat diri anda. Pasti anda tercari-cari tempat untuk anda 'CURHAT' iaini INGIN MENCURAHKAN RASA HATI yang TERPENDAM LAMA secara BERFAKTA. Dan, CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY adalah ANTARA PILIHAN TEPAT dengan KOS EFEKTIF untuk DIRI ANDA.

"Che Qiim, kerana itu saya hadir KELAS PERSONAL (FORENSIK EMOSI) ni kerana saya nak tahu apa yang sebenarnya terjadi pada diri saya akhir-akhir ini", kata beliau pada saya. Usia beliau baru mencecah 20-an. Dan, melalui Ujian Minda Sihat mendapati bahawa beliau 'terkena serangan kerisauan (Anxiety)'.

FORENSIK EMOSI dimulakan ke atas beliau. Perkataan pertama yang muncul dari bibir beliau adalah 'saya mahu bahagia'. Kalimah yang beliau keluarkan itu telah memberi petunjuk awal untuk memudahcara sesi forensik emosi. Jauh disudut hati dalam beliau rasa bahagia terhadap keluarga tercinta telah lama hilang. Kehidupan beliau boleh dianggap senang. Namun, ianya belum tentu bahagia. "Selama awak hidup dengan keluarga awak, apakah awak melihat, mendengar dan merasai bahawa keluarga awak tergolong di dalam golongan suasana yang senang ? Senang...namun kebahagiaan awak tidak dapat rasainya. Itu yang awak rasa sangat bukan ?", tanya saya tepat ke arah beliau.

Air mata beliau tumpah dan bercucuran laju membasahi pipi beliau. Beliau mengakui bahawa saat kecil beliau dilayan oleh ayahnya dalam keadaan kasar. Dipukul, dibantai dan pengalaman itu terpahat di dalam minda bawah sedar beliau. Beliau mengakui bahawa kesannya dirasai sehingga sekarang. Itu yang menyebabkan adakala KEMARAHAN beliau SUKAR DIKAWAL. Perwatakan diri beliau sebenarnya adalah seorang yang baik. Namun, kerana kisah silam beliau dalam keluarga membuatkan beliau menjadi tidak keruan. BERAWAL DARIPADA SEBUAH TEKANAN KEKELUARGAAN yang BERPANJANGAN akhir beliau DISERANG oleh SI PANIK.

Kerana itu, kepada PENDERITA PANIK anda perlu MENCORET KEMBALI KISAH SILAM ANDA dengan CORETAN yang BAHARU. Maksud saya adalah apabila anda melalui FORENSIK EMOSI, anda boleh 'RE-WRITE kembali peristiwa yang pernah berlaku pada diri anda dengan 'CORETAN POSITIF'. Anda perlu MENGUBAH PERSEPSI MINDA, HATI & PEMIKIRAN anda terhadap kejadian yang pernah menimpa anda.

Dan, secara peribadi saya menyatakan bahawa PENGGUNAAN PERKATAAN 'SERANGAN PANIK' juga memainkan peranan terhadap kesembuhan emosi anda. Kerana semakin anda MERASAI, MEMIKIRK tentang SERANGAN PANIK, maka yang hadir pada seluruh sel tubuh badan anda adalah SERANGAN PANIK. Apabila anda MENUKARKAN PERKATAAN SERANGAN PANIK kepada GANGGUAN PANIK, maka apa yang ada di dalam benak fikiran dan perasaan anda ? Apakah anda merasa sedikit 'lega' atau bagaimana ?

PERKATAAN SERANGAN dan GANGGUAN mempunyai MAKSUD yang BERBEZA pada TUBUH DALAMAN ANDA.  SERANGAN menjadikan DIRI DALAMAN anda MERASA KETAKUTAN seperti klien saya ini. Badan dalaman anda tidak bersedia untuk menerima serangan panik itu malah anda berperang hingga mental dan emosi anda keletihan. 

Anda pernah melalui saat anda DIGANGGU ? Apa yang anda lakukan apabila anda merasa diri DIGANGGU ? Pasti anda punya CARA untuk MENGURUS GANGGUAN tersebut. Begitu jua dengan PANIK. Ianya adalah SEBUAH BENTUK GANGGUAN. GANGGUAN PANIK.

Dibahagian tubuh manakah GANGGUAN PANIK ini 'menghinggap' diri klien saya ? GANGGUAN PANIK klien saya ini menghinggap di bahagian dada. Ianya ditandai dengan DETAK JANTUNG TIDAK MENENTU, KEPALA SERING BERPUSING / SEPERTI MELAYANG-LAYANG. Merasai bahawa dirinya tidak berada di dalam tubuh badannya. Ini diterjemahkan melalui kata-kata beliau di dalam SESI FORENSIK EMOSI. "Panik yang saya hadapi ini seperti saya melihat diri saya sendiri berada disebelah bahu saya. Panik itu rendah diparas siku saya. Seringkali apabila panik menyerang saya, saya merasa seperti ingin mati. Adakala terfikir 'aku ni gila ke' ? Ianya sangat MENGGANGGU DIRI SAYA. Nak bawa kereta pun jadi ketakutan. Dulu tak macam ni."

TEKANAN KEKELUARGAAN yang dihadapi oleh anda sekiranya tidak diurus dengan ilmu, maka akhirnya EMOSI PANIK boleh HADIR dan MENGGANGGU KESELURUHAN HIDUP ANDA. AYUH BEBASKAN DIRI anda DARI GANGGUAN PANIK INI melalui PENCARIAN ILMU seperti FORENSIK EMOSI. JANGAN TERLALU BERKIRA DENGAN KESIHATAN DIRI kerana DUIT BOLEH DICARI, KESIHATAN TIDAK BOLEH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT.

" FORENSIK EMOSI , TINGKAT KESEJAHTERAAN DIRI"

Antara Kelas Perbincangan Ilmu Bersama 
Che Qiim Training & Consultancy,
Pakar Perunding Kesihatan Mental Forensik.

Oleh :
CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY
High Class Therapeutic Center
+6019-204 4036

Comments

Popular posts from this blog

HIPNOTERAPI SATU PENGAMATAN ; PENGALAMAN DI CHE QIIM TRAINING & CONSULTANCY

AKHIRI TRAUMA ANDA DENGAN CTC

"SELAMAT" KAH TEMPAT KERJA ANDA ?